jernih matanya
menyembunyi keringat
ulas semyuman
merahsia kepayahan
dosa apakah gerangan
hingga kemuliaan
dibalas dengan kecurangan
sedang syurga di kakinya
mampukah melutut
memohon restu
redhakanlah
Ya Tuhanku
tertitip sudah taufik hidayah
tinggal sendiri untuk berbuat
belum terlewat untuk bertaubat
mengikut jalan yang tersurat
Ya Rasyid, semurni kasih-Mu
berikanlah kekuatan padaku
mendapatkan keredhaan-Mu
di dalam keredhaannya
08032000
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Jika dibolehkan manusia menyembah manusia, aku mahu
memerintahkan seorang isteri menyembah suaminya...."
No comments:
Post a Comment