..: SolitudeInMind's Registered Copyright :..

Wednesday, February 15, 2012

Tuna

IMG_2993

 

Letakkan segala salah padaku

Aku tebal kulit

Tuna segala sakit

 

15022012

Tuesday, February 14, 2012

Dihanyut Cinta, Dimudik Percaya

IMG_0545

 

Setelah setahun

Hilang segala rasa

Diletak semua

Di dalam karung

Dihanyutkan ke laut

Agar selamanya

Tidak berjumpa

Perlahan dibuka rasa

Bukan untuk bercinta

Tapi untuk mula percaya

Tidak semua pura-pura

 

140220112


Gift with a bowBirthday cakeGift with a bowRed heartGift with a bowBirthday cakeGift with a bow

Selamat Hari Lahir buat teman jauh yang tidak pernah berjumpa

Semoga Allah s.w.T melimpahkan nikmat dan rahmat

buat dirinya seisi keluarga.

AMIN

Birthday cakeGift with a bowBirthday cake

Monday, February 13, 2012

Sekecil Semut

IMG_0481

 

Di bawah langit Tuhan

Kadang terlupa

Kecilnya kita

Bagai semut

Merayap di kaki

 

13022012

Tuesday, February 7, 2012

Tidak Terikutkan

IMG_0544

 

Tempat paling sepi

Letaknya diam di hati

Detik walau sesunyi mana

Amat pantas jalannya

Kadang tidak terikutkan

 

07022012

Monday, February 6, 2012

Sesungguhnya Tidak

IMG_0339

 

Apabila kau mengatakan

Kau mengenali aku

Sesungguhnya tidak

 

Apabila aku mengatakan

Aku mengenali kamu

Sesungguhnya tidak

 

Kerana yang zahir pun

Ada yang sulit

Apa lagi yang batin

 

06022012