..: SolitudeInMind's Registered Copyright :..

Tuesday, March 25, 2008

Aku Tidak Mahu Jadi Kudis

biarkan aku lepaskan semua
amarah yang selama ini
tersengkang di dada
kerana aku enggan
tunduk pada kegagalan

egokah bila kejantananku
enggan beralah pada
kehendak tuntutan mereka
salahkah jika aku tak
pernah mahu peduli
tentang hati mereka

penting dirikah aku
bila aku tegas
berpegang prinsip
Engkau!
Engkau!
Aku!
Aku!

aku tak pernah
suruh mereka sayang aku
mereka yang terhegeh
menjajakan cinta
dengan menetapkan hantaran
mahal belaka!

walaupun ada yang sanggup
lari ke seberang bersama
aku masih punya harga diri
aku tak mahu jadi kudis!
jijik dipandang orang
oleh itu lebih baik
aku hidup membujang!!!



05112000

No comments: