..: SolitudeInMind's Registered Copyright :..

Tuesday, March 25, 2008

Kota Airmata

Terdengar sedih berita
kisahnya kota airmata
dalam sebahagian manusia
mencari redha Tuhannya
sebahagian sibuk berjual beli
bukan setakat gelang dan celak
malah ada menjaja diri

aku cuma tersenyum
kemudian tawaku jadi hiba
di hati berkata
insaflah wahai manusia
aku dulupun seorang pendosa
tapi tak pernah merasa bahagia
pulanglah sementara
pintu taubat masih terbuka..



19 Januari 2002

No comments: