Bila cinta tidak bertemu
Bila rindu tidak bersatu
Bila tidak kau jumpa titiknya
Semua itu bukan pengakhir
Semua itu permulaan
Untuk yang terbaik
Cuba kau lihat ke langit sana
Di sini aku melihat awan cirrus
Di sana kau melihat awan comulus
Ya,
Kita melihat ke langit yang sama
Tetapi lain awannya
30032011
Kuala Lumpur
Ku tulis khas buat Sarah (Nur Sarah Deyana Abdul Wahab) bekas pelajarku yang bakal melangsungkan pernikahannya pada Jumaat 1 April 2011. Cheese Cake maafkan Cikgu tidak dapat hadir majlis kamu berikutan hal-hal yang tidak dapat dielakkan. Doaku sentiasa bersamamu Cheese Cake. Lupakan cinta lama yang memperdayamu. Setia bersama cinta baru yang mendampingmu ikhlas dengan ijab dan kabul. Selamat Pengantin Baru Buatmu. Cikgu will always love you Cheese Cake! 4ever! Remember that!
No comments:
Post a Comment