..: SolitudeInMind's Registered Copyright :..

Friday, March 4, 2011

SIRI SAJAK BUAT NOHA : FINALE

 

IMG_6111

 

NOHA VI

 

Kebenaran yang baru ku tahu

Sangat melukakan hatiku

Seolah wayang yang diulang tayang

Berhenti kemudian diulang kembali

Terhenti dan diulang lagi

Terasa sia-sia benar kehidupanku

 

Mungkin tidak kau tahu betapa parahnya

Luka yang kau letakkan padaku

Aku jadi hilang rasa percaya

Sedang bersyak wasangka

Bukan budaya hidupku

 

Mendendami kamu? TIDAK Noha

Aku tidak pernah mendidik hatiku

Membenci sesiapa sejak dulu

Dan aku tidak akan memulakannya sekarang

 

Memaafkan kamu? BELUM Noha

Aku perlu masa untuk menghadam

Apa jua rasa luka yang bersisa

Mungkin sedekad lagi atau nanti

Bila sakratul maut menghampiri

Aku atau kamu

 

Dan

 

Rasanya aku tidak perlu tergesa kerana

Kau sendiri tidak pernah memintanya

 

REWRITE

04032011

Kuala Lumpur

No comments: