..: SolitudeInMind's Registered Copyright :..

Wednesday, March 16, 2011

MUALAF

(Rintih seorang saudara baru yang minta diajar kenal kalam Tuhan)

 

14-05-06_1407

 

Aku sekarang sakit katanya

Kerana banyak perempuan

Kerana dulu hanyut cinta dunia

 

Bapak aku lama mati

Kerana banyak rokok

Kerana banyak minum

 

Mak aku sayang aku

Walau tak seagama dengan aku

Dia sangat kasihkan aku

 

Adik beradik benci aku

Bukan sebab aku sakit

Bukan sebab aku HIV positif

Tapi sebab aku dapat iman

 

Saudara muslim pun benci aku

Iman aku tak ada nilai pada mereka

Mereka jijik sebab aku HIV

 

Aku merempat tidur di beranda masjid

Kalau mereka tahu aku ada penyakit ini

Mereka samak tempat tidur aku

 

Tolong ajarkan aku bacaan dalam solat

Aku ingin mengadu kepada Tuhan

Kerana hanya Tuhan tak mendiskriminasi aku

 

16032011

Kuala Lumpur

No comments: