..: SolitudeInMind's Registered Copyright :..

Wednesday, March 2, 2011

KERANA SAYANG

(Pinta Seorang Bapa Mertua Kepada Anak Menantu Lelakinya)

IMG_6007

Menantu lelakiku,

Jika kau cintakan perempuan itu

Lebih daripada anak perempuanku

Maka kau nikahilah dia

 

Tetapi jika kau kasihkan aku bersabarlah

Jangan kau madukan anak perempuanku

Kerana itu melukakan hatinya

Yang pasti melukakan hatiku

 

 

02032011

Kuala Lumpur

**Sajak ini kutulis inspirasi dari kisah benar dan dari kisah Rasulullah menasihati Saidina Ali agar tidak memadukan Saidatina Fatimah puteri kesayangan baginda.

No comments: