Saat pertama mataku menatap wajahmu
Segala sepi dan duka hatiku hapus
Lantas dengan lafas ‘Bismillahirahmanirrahim’
Kunamakan dirimu ‘Penghulu Segala Bidadari’
Bukan kerana cantik bundar matamu
Bukan kerana manisnya lesung pipitmu
Dan bukan kerana ayunya wajahmu
Tetapi kerana aku ingin kau jadi wanita
Di mana iman menjadi penghulu kepada dirimu
Aku ingin kau jadi wanita yang mandiri dan berperibadi
Tidak membiarkan manusia memperkotak-katikkan hidupmu
Memelihara diri hanya untuk yang layak memilikimu
Menjaga maruahmu untuk lelaki yang hidupnya
Sentiasa taatkan Allah dan Rasul-Nya
Ya! Aku akui aku adalah ibu yang tamak haloba
Bila aku impikan hidupmu semulia bidadari syurga
23102011
Tidak sekali aku kesali diutuskan Tuhan akan kamu
sebagai amanah kepadaku
'Cahaya Mata Yang Diberkati'
Semoga Allah s.w.T & Rasul-Nya
Sentiasa bersamamu
Sentiasa dihatimu sayang
5 comments:
amin.. dah berapa bulan umurnya..
ay
Cahaya mata saya yang ini baru masuk 2 tahun.. :)
SolitudeInMind
yang bongsu ke..
Ya enche, yang bongsu.. Anak saya masih lagi 2 orang.. Belum di'rezeki'kan bertambah.. :)
Doakan saya.. Harap sangat anak saya meriah 'silang bunga' seperti enche.. Hehe..
SolitudeInMind
ingat dah 3.. silap..
Post a Comment