Sarah,
Jika kau membuka buku untuk belajar ilmu
Jangan kau niatkan sekadar membanggakan ibu ayahmu
Lakukan demi membangunkan jati dirimu
Nanti kau temu redha Ilahi dalam redha kedua mereka
Kerana setiap titik peluh ada bayarannya
Sarah,
Jangan kau berjaga kerana terlalu memikirkan cinta
Cinta itu telah ditentukan Tuhan di mana titik pertemuannya
Lelapkan matamu, berdoalah tubuhmu berehat sementara
Untuk taat segala perintah-Nya ketika kau terjaga
Sarah,
Jangan kau malu meminta ayahmu mengajarkan
Kepadamu apa sebenarnya makna cinta
Kerana ayahmu banyak bermain dengannya
Dan jangan kau segan bertanya ibumu tentang sakitnya luka
Kerana dia banyak belajar bagaimana bangkit dari setiap kecewa
No comments:
Post a Comment