(Catatan Budak Gemuk Yang Baru Belajar Dendam Buat Budak Pendek Yang Bodoh Sombong)
Berminggu-minggu aku cuba
Menyeka airmata aku dari jatuh
Cuba kau tahan airmata kau dari menangis
Nyilu sakitnya hanya Tuhan tahu
Mahligai yang aku bina hampir runtuh kerana kau
Dan aku meletakkan segala dosa di bahu aku
Merasakan orang seperti aku halal dibunuh
Tidak sehari pun aku tidak mengingati kau
Dan setiap kali kau aku ingat
Aku minta Tuhan mengampunkan aku
Dan memberikan kau nikmat yang banyak atas khilaf aku
Tapi rupanya kau penipu besar yang ‘syok suci’
Jaraknya tinggal sezarah untuk aku doa buruk untuk kau
Tapi tidak aku lakukan itu kerana Rasul tidak mengajar begitu
Dan senyuman anak-anak kau melembutkan hati aku
Pergilah kau berjalan dengan megah di depan Tuhan
Kau maksum bukan?
No comments:
Post a Comment