..: SolitudeInMind's Registered Copyright :..

Saturday, September 17, 2005

Bayang

Entah kenapa aku jadi rindu
Ku cari jernih mata mu
Ku hayati lembut tutur mu
Ku perhati gerak geri mu

Lantas aku cuba dekati bayangan mu
Namun bayang itu adakalanya
Terlalu cepat mendahului ku
Kadang terlalu lewat membelakangi ku

Akhirnya aku sedari
Bayang hanya satu ilusi
Menemani perjalanan ku
Agar aku tidak terlalu sunyi



rerun circa 1999
Universiti Malaya

Note: Tidak semua persoalan jawapannya mengikut logik akal.

No comments: