..: SolitudeInMind's Registered Copyright :..

Wednesday, August 3, 2011

Puisi Sharifah Shasyara Buat Suaminya Syed Muhd Zarafah #2

IMG_8020

 

Kekanda,

Kita sama-sama berkerja mencari rezeki untuk keluarga

Bila kita sampai di rumah kanda tinggalkan kasut di pintu

Setelah itu terus ke bilik berehat seketika

Sebelum membuka pakaian dan terus mandi

Selepas mandi, kanda duduk mengadap tv

Kanda mengekek-ngekek ketawa gembira

Sedangkan diwaktu yang sama adindalah orang

Mengutip dan menyusunkan kasut kanda

Kemudian bergegas menyiapkan keperluan anak-anak

Ketika kanda asyik mandi adinda sibuk mengutip

Kain baju kanda yang bersepah dilantai

Ketika kanda mengekek-ngekek menonton tv

Adinda sibuk membasuh baju, menyental bilik air,

Memasak yang enak-enak ikut selera kanda

Mengemas rumah zero habuk mengikut piawaian kanda

Membantu anak-anak dengan pelajaran mereka

Mengosok baju kanda yang pantang kedut sedikit pun

Semua ini adinda lakukan dalam keadaan kanda

Setelah bosan menonton tv dan selepas kanda kenyang makan

Kanda duduk semalaman mengadap facebook!

 

03082011

No comments: