..: SolitudeInMind's Registered Copyright :..

Wednesday, August 31, 2011

Pisang Berbuah Dua Kali

IMG_8627[1]

 

Pokok pisang yang berbuah dua kali

Walau tetap membuahkan pisang

Masih gah juga dimakan orang

 

31082011

Tuesday, August 30, 2011

Rintih (1)

IMG_8541[1]

 

Tuhanku,

Ampunkan aku bila aku berpakaian

Bukan untuk menutup aurat

Tetapi untuk memasangkan riak

 

30082011

Monday, August 29, 2011

Pinta Yang Sungguh-Sungguh Seorang Wanita Di Malam Terakhir Ramadhan

IMG_8620[1]

 

Tuhanku,

Ampunkan dosa-dosaku yang melaut luasnya

Ampunkan dosa-dosa orang yang menyayangiku

Ampunkan juga dosa-dosa orang yang membenciku

 

Tuhanku,

Kurniakan aku dengan rezeki yang kau berkati

Dan kurniakanlah nikmat-nikmat melimpah ruah

Buat orang yang menyayangiku dan juga kepada

Orang-orang yang membenci dan memusuhiku

 

Tuhanku,

Kasihanilah orang yang menyayangiku

Seperti mana mereka mengasihiku

Dan lembutkanlah hati orang yang memusuhiku

Agar mereka tidak terus-terusan membenciku

 

29082011

Sunday, August 28, 2011

Dibadai Ombak

IMG_8252

 

Tuhanku,

Kutulis nama-Mu, nama nabi-Mu

Di pantai pasir yang mendatar

Dibadai ombak, terlerai hilang

Setelah berakhirnya Ramadhan

 

28082011

Ji (36)

IMG_8168

 

Ji,

Hapuskan garis bimbang di wajahmu

Tidak akan aku meminta sesuatu

Yang tidak mampu kau adakan

Kerana Madrasah Ramadhan mendidikku

Bersyukur dengan apa yang ada

 

28082011

Friday, August 26, 2011

Bersimpuh Di Perdu Pohon Penyesalan

IMG_8264

 

Tuhanku,

Aku bersimpuh di perdu pohon penyesalan

Tiada yang lebih ku kesali selain

Usia muda yang tersia-sia

 

26082011

Wednesday, August 24, 2011

Sayang (29)

(Pesan Kasih Sayang a.k.a Cinta Buat Anakku)

Image0347

Sayang,

Apa yang ditelunjukmu

Perlu kau timbal balik

Dengan empat jari

Yang menuding ke diri

 

24082011

Ironi

Image0806

 

Bibir yang mengucup tangan itu

adakalanya lebih suci

dari tangan yang dikucupnya

 

24082011

Tuesday, August 23, 2011

Ji (35)

IMG_8297

 

Ji,

Kau adalah antara

Nikmat-nikmat Tuhan

Yang kadang terlupa ku syukuri

 

23082011

Monday, August 22, 2011

Bias

Image0850

 

Yang baik

Yang buruk

Yang kecil

Yang besar

Yang terniat

Yang terbuat

Bayangnya terbias sempurna

Di buku amal sejarah diri

 

 

22082011

Saturday, August 20, 2011

Sayang (28)

(Pesan Kasih Sayang a.k.a Cinta Buat Anakku)

Image0852

Sayang,

Jika kau tidak mampu mendoakan

Yang baik buat saudaramu

Jangan pula kau mendoakan

Yang buruk untuknya

 

20082011

Friday, August 19, 2011

Ji (34)

Image0844

 

Ji,

Di sepuluh akhir Ramadhan

Ku jarakkan diri jauh-jauh

Dari dekat-dekat denganmu

Agar kita sama mengenal

Jalan kembali ke fitrah diri

 

19082011

Thursday, August 18, 2011

Dia Kini Wanita Yang Girang

IMG_7953

 

Dia adalah wanita yang girang

Setelah sekian lama qiam

Kini dia mula belajar ketawa

Aku hanyalah temannya

Ikut tersenyum dan ketawa

Mendengar guraunya tentang hidup

Dia wanita yang tidak pernah sunyi dari cubaan

Dan aku tidak pernah sunyi dengan adanya dia di sisi

 

18082011

Saturday, August 13, 2011

Spellbound By God

IMG_7983

 

I sat alone watching

Waves come and go

I was spellbound by beauty

Of God's existence

 

13082011

Friday, August 12, 2011

Cekam Nafsu

IMG_7962

 

Nafsu ibarat pasir di celah kuku

Jika dibiar tidak diurus

Akhirnya jadi cekam di jari

Yang menyakitkan diri sendiri

 

12082011

Wednesday, August 10, 2011

Berhenti Menongkah Arus

IMG_8007

 

Berhenti bertingkah

Berhenti menyalah

Berhenti seketika

 

Muhasabah

 

Di mana silapnya

Di mana salah kita

Sama azam berubah

 

Istiqfar

 

Cukup-cukuplah merasa benar

Berhenti menongkah arus

Bongaknya ego nafsu

 

10082011

Monday, August 8, 2011

Puisi Syed Muhd Zarafah Buat Isterinya Sharifah Shasyara #2

IMG_7976

 

Adinda,

Ringankan tulang bukan kanda tidak cuba

Tapi semua tidak kena cara di mata dinda

Semuanya tak cukup kilat, tak betul lipat,

Dari dikritik baiklah kanda beratkan tulang

Dan janganlah dinda salahkan kanda

Bila kanda asyik melayan facebook

Kerana bila kanda ajak bergurau senda

Adinda asyik mengaduh sakit kepala

 

08082011

Wednesday, August 3, 2011

Puisi Sharifah Shasyara Buat Suaminya Syed Muhd Zarafah #2

IMG_8020

 

Kekanda,

Kita sama-sama berkerja mencari rezeki untuk keluarga

Bila kita sampai di rumah kanda tinggalkan kasut di pintu

Setelah itu terus ke bilik berehat seketika

Sebelum membuka pakaian dan terus mandi

Selepas mandi, kanda duduk mengadap tv

Kanda mengekek-ngekek ketawa gembira

Sedangkan diwaktu yang sama adindalah orang

Mengutip dan menyusunkan kasut kanda

Kemudian bergegas menyiapkan keperluan anak-anak

Ketika kanda asyik mandi adinda sibuk mengutip

Kain baju kanda yang bersepah dilantai

Ketika kanda mengekek-ngekek menonton tv

Adinda sibuk membasuh baju, menyental bilik air,

Memasak yang enak-enak ikut selera kanda

Mengemas rumah zero habuk mengikut piawaian kanda

Membantu anak-anak dengan pelajaran mereka

Mengosok baju kanda yang pantang kedut sedikit pun

Semua ini adinda lakukan dalam keadaan kanda

Setelah bosan menonton tv dan selepas kanda kenyang makan

Kanda duduk semalaman mengadap facebook!

 

03082011

Tuesday, August 2, 2011

Lembayung Merah Di Balik Pulau

IMG_7995

 

Lembayung merah membayangkan amarah

Embun tidak tiris di bebukitan di balik pulau itu

Walau matahari tidak terik dek rimbunnya daun

Radangnya buruk sangka menghenyak jiwa raga

 

Tidak sedikit pun mereka tahu apa sebenarnya rasa

Tahunya hanya hukum dan hukum, lagi dan lagi

Lelah bukan lagi ayat yang sesuai menggambarkan

Rasa bagai ingin mati segala urat sendi

 

Dia adalah wanita yang memendam rasa

Bukan amarah, bukan dendam serakah

Bukan lemah imannya atau tidak beragama

Hatinya luka disimbah airmata yang memedihkan

 

Cinta itu bukan telah mati, cuma ia tidak pernah berputik

Tinggal lagi hanya rasa ingin teruskan hidup

Tanpa konfrantasi, tanpa bimbang dibenci anak sendiri

Walaupun terpaksa melapah dan meratah hati sendiri

 

02082011

Monday, August 1, 2011

‎Ma’assalamah

IMG_8034

 

Bila seorang teman

Menjadi dua sahabat

Menjadi bagai saudara

Berpisah di Ramadhan

Aku menyeka airmata

Selama ini terlalu ego

Untuk ku biarkan jatuh

 

01082011