..: SolitudeInMind's Registered Copyright :..

Tuesday, July 26, 2011

Ji (33)

IMG_7954

 

Ji,

Aku akan membedung

Hatiku hanya untukmu

Tidak ingin ada yang ketiga

Duduk menginap didalamnya

 

Kerana hadirnya dia hanya

Menitikkan noda di kehidupan kita

Kerana wujudnya dia hanya membuat

Aku malu mengangkatkan muka

Di depan Tuhan empunya syurga

 

26072011

Monday, July 25, 2011

Puisi Syed Muhd Zarafah Buat Isterinya Sharifah Shasyara

IMG_7982

 

Adinda,

Bagaimana tidak naik marahnya kanda

Ikan yang adinda goreng masih beku ais di tengahnya

Kenapa tidak adinda nyah bekukan dulu?

Apa adinda ingat kanda ini penguin yang tinggal di dalam igloo?

 

25072011

Friday, July 22, 2011

Puisi Sharifah Shasyara Buat Suaminya Syed Muhd Zarafah

IMG_7970

 

Kekanda,

Mana hilangnya remote control kanda?

Adinda ingin turunkan volume suara kanda

Walaupun syurga adinda jauh di telapak kaki kanda

Tidak perlu kanda jerit-jeritkan dinda

Adinda belum lagi pekak tidak mendengar

 

22072011

Wednesday, July 20, 2011

Ji (32)

IMG_8029

 

Ji,

Disini tiada angin suasana

Aku rindu saat-saat

Sahur dan iftar denganmu

Bertarawih dan bertadarus bersama

Aku ingin segera pulang

Dan kali ini aku tidak akan pergi

Berjauhan jauh-jauh darimu lagi

Melainkan jika kau ikut sekali

 

20072011

Tuesday, July 19, 2011

Sayang (27)

(Pesan Kasih Sayang a.k.a Cinta Buat Anakku)

IMG_7958

Sayang,

Bila kain-kain diampaian tidak kering

Jangan kau salahkan langit yang mendung

Begitu kehidupan tidak selalu mengikut

Kebiasaan apa yang kau mahu

 

19072011

Sayang (26)

(Pesan Kasih Sayang a.k.a Cinta Buat Anakku)

IMG_8006

Sayang,

Kebersamaan itu bukan hakmu

Walau kau telah merancangnya

 

19072011

Ji (31)

IMG_7964

 

Ji,

Ada yang jatuh dalam cinta

Hampir setiap saat

Kepada setiap orang

Dalam setiap keadaan

 

Aku?

Aku pernah terjatuh sekali

Kepadamu..

 

19072011

Monday, July 18, 2011

Sayang (25)

 (Pesan Kasih Sayang a.k.a Cinta Buat Anakku)

 

IMG_8032

 

Sayang,

Pada setiap bunga

Ada cantiknya

Ada istimewanya

 

Ada baunya wangi

Dipegang hati-hati

Takut berduri

Tercucuk jari

Terluka nanti

Ubat lukamu

Sendiri

 

18072011

Sunday, July 17, 2011

Jutawan Dunia

IMG_8033 

 

Tidak perlu belajar ilmu kimia

Tidak payah belajar tinggi-tinggi

Didik dari kecil anak-anakmu

Ajar mereka jadi politikus

 

Kerjanya tengok-tengok

Sambil lenggok-lenggok

Sesekali tegang-tegang

Dalam duduk-duduk

Membesarkan telur

Juta-juta masuk

 

17072011

Saturday, July 16, 2011

Terima Kasih Isterimu

(Nota Yang Terlalu Ingin Aku Tampalkan Di Cermin Kereta Suami Teman Baikku)

 

IMG_7396

 

Buat Encik yang bergelar suami

Perhatikan perubahan tingkah isteri encik

Tiap kali encik pulang balik dari kerja

Lihat merah dan sembab mata isteri encik

Bukan kerana terlebih nyenyak tidur

Tetapi menangisi nasibnya bersuamikan encik

 

Tidak kikis harta encik bila encik

Bertutur baik terhadapnya

Tidak jatuh darjat encik bila encik

Rendahkan suara encik dengannya

Tidak akan jadi muflis jika encik

Berlemah lembut dengannya

 

Sesekali letakkan di kaki ego encik itu

Bukan encik perlu modal yang banyak pun

Sekadar bercakap beberapa patah kata..

“Terima kasih sebab masak untuk abang hari ini”

“Terima kasih kerana menjadi penyedap tidurku selama ini”

 

16072011

Sajak Nombor Dua Puluh Empat Titik Empat Juta

IMG_7625

 

Kita yang dua puluh lapan juta

Menyumbang satu setiap satu

Kayanya kita berbudi bahasa

Dalam rungut-rungut semua naik

Dua puluh empat titik empat juta

Diguna buat beli satu benda bulat yang

Berlubang di tengah buat menjolokkan jari

 

16072011

Friday, July 15, 2011

Nur Izzah Zinnirah

IMG_5679

 

Wujudmu bakal menyeri relung-relung jiwaku

Angan dalam impi yang terlalu panjang

Kehadiranmu sangat ku nantikan

Hangat dakapmu amatku harapkan

Rinduku yang utuh kekal kepadamu

Doa-doa kupanjatkan hingga ke syurga

 

15072011

Thursday, July 14, 2011

Kisah Cinta

IMG_7643

 

Dibentangnya sebuah hamparan kisah

Penuh tertulis cerita cinta zaman remaja

Semua orang tahu apa ada dihatinya

Kecuali kekasih yang amat dicintanya

 

Setelah sudah sekian lama masa berlalu

Masih tidak tawar rasa yang dipendamnya

Walau dalam celik dan sedar dia tahu

Tuhan tidak akan pernah memberi restu

 

Dalam yakin masih dipujuk hatinya

Tangannya tidak bertepuk sendiri

Cinta, kasih dan sayang dalam diam

Dia pasti mereka sama merasa hangatnya

 

Aku hanya mampu menggelengkan kepala

Kerana walau pun tinggi ilmu dan bijaknya kita

Betapa banyaknya pengalaman dan tuanya usia

Masih juga gagal mengajar manusia

Hakikat sesuatu yang dinamakan cinta

 

14072011

Wednesday, July 13, 2011

Sayang (24)

(Pesan Kasih Sayang a.k.a Cinta Buat Anakku)

IMG_7444

Sayang,

Jika kau ingin mengenal Tuhan

Kembara lihat beda bumi ciptaan-Nya

Namun tiada gunanya permusafiran itu

Jika kau sering terlewat menyatu janji dengan-Nya

 

13072011

Tuesday, July 12, 2011

Ji (30)

IMG_7443

Ji,

Baru saja aku jauh

Hatiku dijentik rasa

Aku ingin pulang

Walau ku tahu yang menantiku

Hanyalah jerebu asap jelaga

 

12072011

Sunday, July 10, 2011

Sayang (23)

(Pesan Kasih Sayang a.k.a Cinta Buat Anakku)

Image0105

 

Sayang,

Jika kamu jadi pemimpin

Jangan suka berdabik dada

Lihat orang yang kamu pimpin

Puak yang selalu ikut bontotmu

Puak yang sering membangkang kamu

Bukan semua berpuas hati denganmu

Sedangkan memuaskan hati mereka

Tanggungjawap kamu di sini dan di sana nanti

 

10072011

Ji (29)

Image0775

 

Ji,

Aku dengar ada yang mati

Dalam akhbar tak keluar cerita

Sampaikan salam dan doaku

Buat isteri dan anak-anak

Saudara seagamamu itu

Walau dia hanya pemandu teksi tetapi

Pulangnya diiring doa pelbagai bangsa

 

Al-fatihah

 

10072011

Saturday, July 9, 2011

Manusia

Image0580

 

Manusia pelbagai

Ada yang boleh duduk

Aman dalam kotor

Nampak tapi menutup mata

 

Ada yang sesak dada dan jiwa

Ingin dalam bersih sentiasa

Mengubah apa yang sudah

Terlalu lama terbiasa

 

Aku berdiri duduk di sini

Memandang anak-anakku

Bimbang jika kedayusanku

Diwarisi mereka

 

09072011

Pet Riots

Image0591

 

Go back to your cage!

Go bow down to your master!

Don't show your claws if you

Can't even scratch your back

 

09072011

Friday, July 8, 2011

Ji (28)

IMG_6877

 

Ji,

Manusia pantas lalu lalang depanku

Entah apa yang dikejar mereka

 

Aku rindukan aman

Minum secawan

Makan sepinggan

Denganmu

 

08072011

Ji (27)

IMG_6857

 

Ji,

Lain benar daun di sini

Dengan daun di sana

Ku ambil sehelai

Ku selitkan di celahan buku

Bila sampai ke tanganmu nanti

Beleklah kerana aku telah

Terlebih dahulu menyentuhnya

 

08072011

Dipangkah Dosa

IMG_6776

 

Angin tidak lalu di bawah pohon ini

Namun redupnya rimbun daun

Menyamankan dalam teduh

Hidup seolah berhenti seketika

Tidak banyak yang berubah

 

Bagai zaman kanak-kanak

Aman dari risau tentang hidup

Asyiknya cuma ingin cepat dewasa

Ingin cepat punya buah dada

 

Duduk-duduk di bangku batu

Aku mendonggak kalau-kalau

Ada ciku ranum yang ingin gugur

Sedap juga dimakan cicah asam

 

Dua gadis sunti bermain congkak

Biji-biji getah dilepaskan satu-satu

Sesekali tawa mereka berderai

Bila dapat makan buah lawan

Dalam lubang-lubang ditanah

 

Hidup zaman itu mudah

Kita tidak memikir tentang politikus

Dari parti mana yang nak dipangkah

Kerana memilih mereka

Boleh jadi dosa buat kita

 

08072011

Ji (26)

Image0579

 

Ji,

Airmataku jatuh rindukan kamu

Aku telefon bukan untuk bicara

Cuma ingin dengar suaramu

Hanya itu ubat sarat jiwaku

 

08072011

Thursday, July 7, 2011

Ji (25)

IMG_7430[1]

 

Ji,

Aku tidak biasa menghadapi

Empat musim yang silih berganti

Jauh dari kebiasaan kadang meresahkan

Lebih-lebih lagi bila kau tiada di sini

 

07072011

Wednesday, July 6, 2011

Gajah-Gajah Sandiwara

IMG_7414[1]

 

Mereka gajah-gajah yang berang

Berperang kata-kata

Berperang janji-janji

Masih-masih bongkak

Bagai Firaun yang tidak berTuhan

 

Kita yang jadi bangsat

Walau tidak duduk ditengah

Rancaknya perang tetap digilis

Sakit luka sedikit mereka tak merasa

 

Kita jualah yang menanggung

Pijarnya tangan dan kaki

Bekerja buat menyuap nasi ke mulut

Anak-anak yang akhirnya jadi jamuan

Agenda mega sosial sial mereka

 

Kita jugalah yang menongkat dagu

Sama ingin merasa mewah material

Mereka milik bongkah-bongkah emas

Tujuh keturunan tak habis makan

Kita cuma layaknya besi di pasar lambak

Menunggu masa untuk berkarat

 

06072011

Tuesday, July 5, 2011

Ji (24)

IMG_7749[1]

 

Ji,

Membina sesuatu yang tiada

Kepada ada, payah

Ada ujian, ada cabaran

Perlu harungi

 

Ada sabar, ada doa,

Ada iman, ada izin Tuhan

Payah jadi mudah

 

Meruntuhkan sesuatu yang ada

Menjadi tiada, mudah

Sedikit benci

Sedikit marah

Segala senang musnah

 

05072011

Sayang (22)

(Pesan Kasih Sayang a.k.a Cinta Buat Anakku)

 

IMG_6727

 

Sayang,

Kehidupan tidak terbina

Dalam satu detik

Masalah juga tidak terungkai

Dalam satu saat

Bersabar dan bertenanglah

Lihat dimana silapmu

Sebelum kau menuding jari

 

 

05072011

Monday, July 4, 2011

Sayang (21)

(Pesan Kasih Sayang a.k.a Cinta Buat Anakku)

 

IMG_7758[1]

 

Sayang,

Demi kasih dan cintaku padamu

Dunia dan seisinya pun sanggup

Ku serahkan untuk bahagiakanmu

 

Namun aku ingin mengajarkan

Susahnya usaha sebelum beroleh

Segala apa yang kau mahu

 

Kerana Tuhan yang Maha Punya pun

Mengajarkan susahnya dunia

Sebelum nikmat enaknya syurga

 

04072011

Sunday, July 3, 2011

Ji (23)

 

IMG_7722[1]

 

Ji,

Bila aku tidak cemburu

Bukan bererti aku tidak cinta

Aku cuma selalu merasa

Manusia bukan milik manusia

Cinta, kasih dan sayang juga

Bukan hak kau, aku dan kita

Semua mutlak hak-Nya

 

03072011

Saturday, July 2, 2011

Sayang (20)

(Pesan Kasih Sayang a.k.a Cinta Buat Anakku)

 

IMG_7493

 

Sayang,

Setiap luka yang berparut ditubuhmu

Akan sentiasa ku ingat puncanya

 

Setiap kejayaan yang kau perolehi

Akan sentiasa kugilap dipundak ingatku

 

Setiap senyum yang terukir dibibirmu

Akan sentiasa kusyukuri doa-doaku

Untukmu yang dimakbulkan Tuhan

 

02072011

Friday, July 1, 2011

Ji (22)

 

IMG_7559

 

Ji,

Aku sudah terlalu lama

Sendiri dalam sunyi

Berikan aku ruang

Untukku meleraikan

Satu demi satu egoku

 

Berikan aku masa

Untukku membuka

Kelopak demi kelopak

Apa yang ada dihatiku

Untukmu

 

01072011