Berkali-kali ombak menyapa kaki
Mungkin ini kali yang terakhir
Kakiku bertemu ombakmu
Pelik bila kali yang ini
Hatiku tidak gelora lagi
Hiba tidak terasa kini
Dengan deburan ombak ku lepaskan
Sisa pasir yang terlekat di kaki
Bersama rasa yang berbaki di dada
Aku kini boleh pulang
Tanpa hiba tanpa kecewa
Kerana jiwaku lega
09112008
Pantai Teluk Cempedak
Kuantan Pahang
No comments:
Post a Comment