..: SolitudeInMind's Registered Copyright :..

Thursday, November 20, 2008

Pantai Ini Kali Ini

Berkali-kali ombak menyapa kaki
Mungkin ini kali yang terakhir
Kakiku bertemu ombakmu

Pelik bila kali yang ini
Hatiku tidak gelora lagi
Hiba tidak terasa kini

Dengan deburan ombak ku lepaskan
Sisa pasir yang terlekat di kaki
Bersama rasa yang berbaki di dada

Aku kini boleh pulang
Tanpa hiba tanpa kecewa
Kerana jiwaku lega



09112008
Pantai Teluk Cempedak
Kuantan Pahang

Lelah

Sudah tiba dihujung
Teringgat awal mula

Lelah di permulaan
Lelah di pertenggahan
Lelah di penghujung

Tidak terasa apa
Awal hingga akhir



20112008
Kuala Lumpur