..: SolitudeInMind's Registered Copyright :..

Saturday, January 7, 2006

Saed (2)

Saed pulanglah
Usah lagi kau cari dia
Sebab dia ibarat bayang
Menghampirimu bila ada cahaya
Kemudian meninggalkanmu
Bila gelap menjelma

Saed pulanglah
Seberang lautan sana
Bukan tempat kau membina bahagia
Kerana bahagiamu hanya bila
Kau dekat dengan Tuhan
Dan Tuhan dekat denganmu

Saed pulanglah
Kadang kita perlu belajar
Melepaskan rasa cinta
Yang bukan untuk kita
Kerana Tuhan Pentadbir Alam
Lebih tahu apa yang ada
Di dalam buku takdir kita.



03062005
Kuala Lumpur

Note : Redha atas segala ketentuan-Nya.

No comments: