..: SolitudeInMind's Registered Copyright :..

Friday, January 27, 2006

Pohon Kehidupan

Daun tidak gugur lagi
Dahannya telah dicantas
Akarnya telah dibongkar
Begitulah hidup tidak seperti
Apa yang kita harapkan



130405
Kuala Lumpur

Note : Hidup mesti terus.

Wednesday, January 25, 2006

Hidayah

Tuhan, aku nanar
Dalam pijar langkah
Tersesat jauh dari-Mu
Simpang-simpang di hadapan
Entah di mana akhirnya
Langkahku mati sendiri
Berat kakiku sudah
Tidak terbawa lagi
Akhirnya aku sujud
Mohon hidayah petunjuk dari-Mu



080305
Kuala Lumpur

Note : Doa adalah senjata bagi orang mukmin.

Tuesday, January 24, 2006

Seorang Umar (2)

Umar, rintih tangis mu
Disebalik pohon tamar itu
Menyiat ulu hati ku
Berbahagialah engkau wahai Umar
Sekufumu dijanji Tuhan
Benarlah mulia manusia
Bukan kerana harta
Mulia kita kerana iman



120205
Kuala Lumpur

Note : Kita sentiasa diberi peluang untuk bertaubat.

Thursday, January 12, 2006

Seorang Umar (1)

Berkatalah seorang Umar kepada Penciptanya
"Tuhan, pesona dunia terlalu menggoda
berkali-kali kakiku tersadung akibat
rangkulan tangan-tangan mereka"

Bersuaralah hati kecil Umar
"Bersyukurlah Umar kau masih
diberi ruang untuk memperbaiki
amalmu yang curang"

"Disisa usiamu itu Umar
manfaatkanlah lima perkara
Bersaksilah yang Allah itu Esa
Yakinilah Muhammad itu Rasul yang akhir
Sujudlah kepada Tuhanmu
Berpuasalah dibulan Ramadhan
Berzakatlah dan tunaikan haji di tanah suci
Sesungguhnya wahai Umar
Cinta Allah mengatasi cinta segala"



12022005
Kuala Lumpur

Note : Manfaatkanlah lima perkara sebelum datang lima perkara.

Wednesday, January 11, 2006

Saed (3)

Rasa terdesak yang mengasak
Membuatkan kau bersawai
Sudahlah Saed, sudahlah!
Lepaskan dia, lepaskan!
Terimalah Saed, terimalah!
Dia ingin bahagia
Biarkan dia bahagia
Lupakan Saed, lupakan!



07072005
Kuala Lumpur

Note : Sukar nak melupakan yang tak terlupa.

Saturday, January 7, 2006

Saed (2)

Saed pulanglah
Usah lagi kau cari dia
Sebab dia ibarat bayang
Menghampirimu bila ada cahaya
Kemudian meninggalkanmu
Bila gelap menjelma

Saed pulanglah
Seberang lautan sana
Bukan tempat kau membina bahagia
Kerana bahagiamu hanya bila
Kau dekat dengan Tuhan
Dan Tuhan dekat denganmu

Saed pulanglah
Kadang kita perlu belajar
Melepaskan rasa cinta
Yang bukan untuk kita
Kerana Tuhan Pentadbir Alam
Lebih tahu apa yang ada
Di dalam buku takdir kita.



03062005
Kuala Lumpur

Note : Redha atas segala ketentuan-Nya.

Friday, January 6, 2006

Monolog Saed (1)

Saed, namaku
Aku hidup separuh abad
Tapi aku masih teruna
Ku ulang! Masih teruna!

Saed, namaku
Masa muda aku bergaya
Kaya duit dan kaya betina
Tapi sekali lagi ku ulang!
Aku masih bujang!

Saed, namaku
Hidup aku derita
Bapak aku mati muda
Emak aku jadi janda
Duda tua ganti lakinya

Saed, namaku
Kakakku jadi mangsa sumbang mahram si tua
Adikku jadi mangsa laki tak berkerja
Aku? Aku jadi mangsa semua!

Saed, namaku
Dalam derita aku cari bahgia
Siang aku gila berkerja
Malam aku kejar Naga

Saed, namaku
Aku ada di mana-mana
Di Tokyo, London, Newcastle,
Zahirnya aku gembira
Batinnya aku terpenjara

Saed, namaku
Kepada semua sanak-sedara
Anak-anak sedara
Cucu-cucu sedara
Jangan ikut aku punya cara

Ops.. Sebelum terlupa
Kalian kenal aku siapa?
Aku… Aku… Aku Saed!



14072003

Kuala Lumpur

Note: Nasihati dirimu sendiri sebelum kamu menasihati orang lain.

Sunday, January 1, 2006

Tibanya Musim Bunga

Kehijauan dedaunan
Menyuburkan rasa mudaku
Jemarimu ku ramas mesra
Senyum di bibir mu merekah
Menyambut tibanya musim bunga
Sayang seribu kali sayang
Kau tidak menyaksikan ini semua




28122005

Note : Jauh dirindu, dekat disayang.