..: SolitudeInMind's Registered Copyright :..

Monday, December 31, 2012

Ji (49)

IMG_4554

 

Ji,

Di pantai ini

Aku hanya duduk

Mengharap kau

 

 

Solitudeinmind

31122012

Thursday, December 27, 2012

Banjir (2)

IMG_4282

 

Cerah mentari di sini

Menitiskan hujan di sana

Kau tenggelam dalam banjir

Aku lemas dalam rindu

Moga kita tidak mati

Hanyut dalam dosa

 

 

Solitudeinmind

27122012

Tuesday, December 18, 2012

Ji (48)

IMG_4482

 

Ji,

Jangan marah terlalu lama

Jangan benci berpanjangan

Hidup ini terlalu singkat untuk

Dihabiskan dengan dendam

 

 

Solitudeinmind

18122012

Sajak Buat Bidadari Cahayamataku (2)

IMG_4556

 

Pantai itu masih tetap seperti selalu

Pasir, ombak dan bayunya menerpa wajah

Cuma tamparannya tidak sesakit dulu

 

Kau kini sudah berani mengejar ombak

Yang berkali-kali cuba menyapa kaki

Tidak sedikit pun kau lari darinya

 

Mungkin dewasa membina beranimu

Mungkin pengalaman membuat kau bersedia

Atau mungkin kesan parut yang melintang di dadamu

Sudah tidak lagi mengingatkan kau akan sakitnya

 

 

Solitudeinmind

18122012

Wednesday, December 12, 2012

Lithium

IMG_4449

 

Your love is like a doses of lithium

Though I'm drowning with it

I just can't get enough of it

 

 

Solitudeinmind

12122012

Ji (47)

IMG_4173

 

Ji,

Bunga yang ku kirimkan itu tidak bermakna

Jika kau hanya biarkannya di meja

Letakkan di pasu agar ia terus hidup

Walau untuk beberapa hari sahaja

 

 

Solitudeinmind

12122012

Tuesday, December 11, 2012

Ji (46)

IMG_4190

 

Ji,

Aku rindukan

Bait-bait bicaramu

Tuliskan satu sajak

Untuk ku

 

 

Solitudeinmind

11122012

Monday, December 3, 2012

Ji (45)

IMG_4012

 

Ji,

Pedih ulu hatiku

Tiap kali terimbas

Wajahmu

 

 

Solitudeinmind

03122012

Putih

IMG_4026

 

Yang putih belum tentu bersih

Kerana kapur yang putih di papan

Disentuh mengotorkan tangan

 

 

Solitudeinmind

03122012