..: SolitudeInMind's Registered Copyright :..

Wednesday, October 31, 2012

Unnumbered Untitled

IMG_3375

 

Nak popular senang.

Telanjang.

Ambil gambar.

Post kat internet.

 

Lepas itu kau akan digelar

"Aktivis Hak Asasi Manusia"

Oleh golongan yang kepala masuk air.

Tahap longkang punya pemikiran.

Sangap tak boleh diajar!

 

 

Solitudeinmind

31102012

Ji (42)

IMG_3262

 

Ji,

Selagi tidak mati

Hidup ini rutin

Yang diulang-ulang

 

 

Solitudeinmind

31102012

Tuesday, October 30, 2012

Surat Cinta

IMG_3385

 

Pertama kali aku melihatmu

Aku letakkan senyuman di bibirku

Kubiarkan mataku berkaca gembira

Kupasangkan tenang dizahirnya aku

Kuletakkan damai di sifat maluku

 

Tuhan tahu runtun hatiku

Bertahun aku menantikan hadirmu

Betapa aku mengharapkan saat itu

Walau takdir-Nya itu pertama

Bakal yang terakhir buatku

 

Cinta walau berputik seribu tahun lamanya

Bisa terkubur dalam sesaat masa

Namun saat melihat kau kini bahagia

Hatiku subur dipenuhi taman bunga

Dan doaku sentiasa ada buatmu cinta

 

 

Solitudeinmind

30102012

Monday, October 29, 2012

Ji (41)

IMG_3158

 

Ji,

Tiupkan semangat ke jiwaku

Aku terlalu lama hidup dalam enak

Sehingga tidak berpijak nyata

 

Ji,

Ajarkan aku kembali bagaimana berjuang

Merasa perih, luka dan sakitnya bahang

Berjihad dakwah kerana Allah

 

 

Solitudeinmind

29102012

Sunday, October 28, 2012

Love

IMG_3240

 

I will adore you forever

Though I'll bleed my heart to death

I numb with those haters

I'm shielded from feel anything

I'm blinded, deaf and floated

I got poison in my veins

And you is my antidote

I let my heart surrender

I keep falling with the same love

I'll fight everyone and every word

When it about you

 

 

28102012

Lembar-Lembar Contengan

IMG_3189

 

Di sini penuh catatan rindu

Harapan yang gagal terlaksana

Mimpi walau sekeji mana pun

 

Di sini segalanya lutsinar

Tanpa segan semuanya bulat

Tanpa silu semuanya terlanjang

 

Di sini seorang aku menjadi aku

Melukiskan semua detikkan masa

Menukilkan semua denyutan rasa

 

Di sini kau tidak menjadi aku

Aku tidak menjadi kamu

Walau sehebat mana cinta

 

Di sini kita belajar menjadi kita

Dilembar-lembar contengan ini

Kita tidak berpura-pura menjadi diri

 

 

Solitudeinmind

28102012

Tuesday, October 23, 2012

Little Child Beside Me

IMG_3228

 

She put up a sweet smile with free spirit

Big eyes loaded with adventures ideas

She sit but it doesn't mean she'd stayed

She obey but it doesn't mean she'd follow

But no matter what and how hard

She make people always adored

How sweet is life as a little child beside me

 

 

Solitudeinmind

23102012

Monday, October 22, 2012

Rinduku Ya Rabb

IMG_3181

 

Malam adalah saksi janjiku di siang hari

Siang adalah bukti munajadku di malam hari

Rinduku kepada Ya Rabb berterusan siang malam

Kerana Kasih-Nya kepada hamba-hamba yang meminta.

 

 

Solitudeinmind

22102012

Saturday, October 20, 2012

Man With A Smoke On His Eyes

IMG_2826

 

I came across him few times

He always nod his head

A tin foil and a straw

Always in his hand

 

I shook my head disbelieve

He just smile and said

"I'm still alive and this is my life"

 

I pass him still

Wonder when this would end

Wonder when his life end

 

 

20102012

Solitudeinmind

Friday, October 19, 2012

Distance

IMG_2580

 

I distance myself

So you don't feel

My existence

 

 

Solitudeinmind

19102012

Jarak

IMG_2898

 

Kujarakkan diri

Agar kau tidak terasa

Kewujudannya aku

 

 

Solitudeinmind

19102012

Tuesday, October 2, 2012

Tongkat Syahadah

IMG_2976

 

Ditunjangnya kuat iman menjalar berakar dihati

Walau menjerit tubuh tidak daya menghadapi

Walau tidak mampu berdiri lagi kaki

Ukurannya tidak pada fizikal diri

Ianya terzahir di ikhlasnya hati

Demi kasih sesama ummah

Ditongkatnya syahadah

Agar tidak rebah

Menyembah

 

02102012