Solitude In Mind
..: SolitudeInMind's Registered Copyright :..
Wednesday, February 15, 2012
Tuna
Letakkan segala salah padaku
Aku tebal kulit
Tuna segala sakit
15022012
Tuesday, February 14, 2012
Dihanyut Cinta, Dimudik Percaya
Setelah setahun
Hilang segala rasa
Diletak semua
Di dalam karung
Dihanyutkan ke laut
Agar selamanya
Tidak berjumpa
Perlahan dibuka rasa
Bukan untuk bercinta
Tapi untuk mula percaya
Tidak semua pura-pura
140220112
Selamat Hari Lahir buat teman jauh yang tidak pernah berjumpa
Semoga Allah s.w.T melimpahkan nikmat dan rahmat
buat dirinya seisi keluarga.
AMIN
Monday, February 13, 2012
Sekecil Semut
Di bawah langit Tuhan
Kadang terlupa
Kecilnya kita
Bagai semut
Merayap di kaki
13022012
Tuesday, February 7, 2012
Tidak Terikutkan
Tempat paling sepi
Letaknya diam di hati
Detik walau sesunyi mana
Amat pantas jalannya
Kadang tidak terikutkan
07022012
Monday, February 6, 2012
Sesungguhnya Tidak
Apabila kau mengatakan
Kau mengenali aku
Sesungguhnya tidak
Apabila aku mengatakan
Aku mengenali kamu
Sesungguhnya tidak
Kerana yang zahir pun
Ada yang sulit
Apa lagi yang batin
06022012
Newer Posts
Older Posts
Home
Subscribe to:
Posts (Atom)