..: SolitudeInMind's Registered Copyright :..

Wednesday, December 29, 2010

DAIE

Hebat seorang daie

Bukan diukur dari

Berapa jauh berjalan

Berapa lama berjauhan

Tapi dari ikhlas demi Tuhan



 

22122010

Kuala Lumpur

Pesan Buat Wanita

Jika kamu seorang anak gadis

Taatlah kedua ibubapamu

Jangan menjual airmata mereka

Demi cinta yang tidak kekal lama

 

Jika kamu seorang isteri

Pelihara maruah suamimu

Jangan gadaikan harga diri

Menempah tiket ke neraka

 

Jika kamu seorang ibu

Didik anak-anakmu taatkan Tuhan

Jangan biarkan mereka melata bagai haiwan

Tanpa tujuan tanpa pedoman


 

28122010

Kuala Lumpur

Satu Kulit

Diberinya semangkuk bubur

Tanpa garam tanpa gula

Tawar tanpa rasa apa pun

Bersyukur dengan apa yang ada

Diajarnya tunduk mengikut

Akur tidak bantah

Patuh jadi pengecut

Jadi bacul mati pucuk

Dicanang kita semua satu

Satu agama? Satu Tuhan?

Tanggalkan semua kulit kalian

Yang hitam. Yang kelabu.

Yang putih. Yang sawo matang.

Ganti kulit baru yang biru?

Yang merah jambu barangkali?


 

 

22122010

Kuala Lumpur

Saturday, December 25, 2010

Happy Bunny

Your cherubic face smile

But your smile cheat and cheeky

I’m just a fat chatty women

Who’s laying on a chesterfield

And you just a sweet young man

Knock me down with a chloroform

I’ll die a happy bunny anyways


 

24122010

Kuala Lumpur

You And Me

Love make me oscillate

Your outwit finally outworn

The outsider offer you an outbid

You caught like an outlaw

Cavort like a novice

Sang me your requiem

Chant thru the thin air

I’ll save you from your celibacy cell

I’m a minx not a monk

And you like a minstrel

Mirth over a penny in his pocket

Sad..


 

24122010

Kuala Lumpur

Manis

Naiknya harga gula

Tidak menjejaskan kita

Karana cinta yang kita ada

Membuat terlebih manis segala rasa


 

24122010

Kuala Lumpur

Friday, December 24, 2010

Gratitute

He gibberish,

“I’m a lover to a women who willing to give!”

 

She reply softly,

“I’m a giver. Not a sinner”


 

24122010

Kuala Lumpur

Aku Bukan Kotak

5782963

 

Hatiku bukan kotak

Yang boleh kau sumbatkan

Segala sandiwara dan tipu daya

Lemahku bukan atas pilihanku

Tapi jangan kau gunakan itu

Untuk menjatuhkan aku

Kerana dalam lemah lembutku

Aku tidak sebodoh kau sangka


 

24122010

Kuala Lumpur

Sara Oh Sara (2)

Sara oh Sara

Jom jom

 

Sara oh Sara

Main-main

 

Sara oh Sara

Cinta-cinta

 

Sara Oh Sara

Buta-buta

 

Sara oh Sara

Suka-suka

 

Sara oh Sara

Gila-gila

 

Sara oh Sara

Mati-mati

 

Sara oh Sara

Lama-lama

 

Sara oh Sara

Nanti-nanti

 

Sara oh Sara

Kita-kita

 

Sara oh Sara

Bosan-bosan


 

24122010

Kuala Lumpur

Sara Oh Sara (1)

Sara oh Sara.

Jom-jom

 

Sara oh Sara.

Jom main-main

 

Sara oh Sara.

Jom main cinta-cinta

 

Sara oh Sara.

Jom main cinta buta-buta

 

Sara oh Sara.

Jom main cinta buta suka-suka

 

Sara oh Sara

Jom main cinta buta suka gila-gila

 

Sara oh Sara

Jom main cinta buta suka gila mati-mati

 


 

24122010

Kuala Lumpur

Tuesday, December 21, 2010

Terima Redha

Alone2

Sampai masa

Tidak cepat

Tidak lewat

Sama ada suka

Atau tidak suka

Terima dan redha


 

20122010

Kuala Lumpur

Saturday, December 18, 2010

Syukur Ya Rabb

Tuhan, syukur atas

Usia yang meningkat

Kedut yang  bertambah

Sendi yang makin ketat

Tenaga yang makin lemah

 

Nikmat usia

Nikmat rezeki

Nikmat bahagia

Nikmat sakinah

Nikmat hidayah

 

Pintaku satu

Andai tiba masa

Aku ingin mati

Sebagai hambaMu

Sebagai umat Muhammad

Yang beriman dengan syahadah

 

 

 

 

18122010

Kuala Lumpur

Thursday, December 16, 2010

JULING

IMG_5678

Bila melihat dosa

Juling mata kita

Ke kanan tidak

Ke kiri tidak

Duduk di tengah

Lemahnya iman

 

 

16122010

Kuala Lumpur

Wednesday, December 15, 2010

PELIHARA YANG INDAH

Anakku,
Duduk rapatkan kakimu
Jangan dengan mudah
Menunjukkan apa yang ada
Di antara dua peha mu

Labuhkan pakaianmu
Tutup segala apa yang ada
Di antara dua bahu mu
Peliharalah keindahanmu
Dari mata yang kasar
Dari hati yang liar




15122010
Kuala Lumpur

PERINGATAN

Dosa silam peringatan
Untuk dosa baru
Dosa akan datang




15122010
Kuala Lumpur

TIDUR

Pejam mata
Tenang jiwa
Masalah hilang seketika
Aman dalam nyenyak
Tidur yang sementara




01122010
Kuala Lumpur

Friday, December 10, 2010

Amerika Sungguh




Dalam ramainya manusia
Aku mencari kelibatnya seseorang
Dengan backpack dengan cap
Amerika sungguh awak sekarang?




10122010
Kuala Lumpur

Manusia




Letak semua salah padaku
Aku tidak maksum
Aku bukan malaikat
Aku manusia berbuat silap




10122010
Kuala Lumpur

Thursday, December 9, 2010

Madu



Yang tua
Asyik asyik
Terasa

Yang muda
Asyik asyik
Merajuk

Menyampah!



09122010
Kuala Lumpur

Wednesday, December 8, 2010

Dosa



Aku ingat
Dosa aku

Kau ingat
Dosa kau

Dia ingat
Dosa kita





08122010
Kuala Lumpur

Sudah Sudahlah




Aku penat dengan kebencian
Aku lelah dengan persengketaan
Aku letih dengan permusuhan
Sudah sudahlah!

Tidak cukupkah
Aku menangis untuk kalian
Aku merayu!
Jika tidak untuk aku
Untuk Tuhan yang mencipta kalian
Berdamailah!

Tidak bolehkan kalian
Mengampunkan khilafku
Atau mungkin
Kalian hanya akan berdamai
Kalau aku mati?


Jika begitu aku redha
Tuhan cabutlah nyawaku!





08122010
Kuala Lumpur