..: SolitudeInMind's Registered Copyright :..

Tuesday, October 20, 2009

Detik

Tiba-tiba degup jantungku
Sepantas detik setiap saat
Agaknya kita berkongsi nadi
Jantung di dadamu
Dan jantung di dadaku
Tidak sabar berdakap
Di alam nyata.



20102009
Kuala Lumpur

Friday, October 9, 2009

Takdir

Telah kubuka semua pintu
Namun tidak bertemumu
Lantas bersimpuh aku
Sudah hilang dayaku
Mahu merangkakkah
Atau harus bertatih
Selangkah bemi selangkah
Mungkin sudah tiba
Saatnya untuk aku
Menyerah pada takdir




09102009
Kuala Lumpur