..: SolitudeInMind's Registered Copyright :..

Tuesday, October 20, 2009

Detik

Tiba-tiba degup jantungku
Sepantas detik setiap saat
Agaknya kita berkongsi nadi
Jantung di dadamu
Dan jantung di dadaku
Tidak sabar berdakap
Di alam nyata.



20102009
Kuala Lumpur

Friday, October 9, 2009

Takdir

Telah kubuka semua pintu
Namun tidak bertemumu
Lantas bersimpuh aku
Sudah hilang dayaku
Mahu merangkakkah
Atau harus bertatih
Selangkah bemi selangkah
Mungkin sudah tiba
Saatnya untuk aku
Menyerah pada takdir




09102009
Kuala Lumpur

Sunday, September 13, 2009

Aman

Adakah kita merasa aman dari dosa
Atau lebih parah lagi bila
Kita merasa aman dengan dosa



090909
Madrasah Al Ehsaniah
Kuala Lumpur

Wednesday, August 5, 2009

Berahi Cinta

Berahi orang bercinta
Gagang telefon pun
Jadi ghairah dicium



050809
Kuala Lumpur

Monday, August 3, 2009

Diam

Aku diam
Terlalu lama
Hingga lupa
Bagaimana
Berbicara



Kuala Lumpur
31072009

Saturday, February 21, 2009

Ego Daun

Kerana ego daun-daun tua
Habis dicantas pucuk-pucuk muda



15022009
Kuala Lumpur

Thursday, February 5, 2009

Rekah

Peliknya cinta
Bila setiap rekah
Di kulit wajahmu
Menarik perhatianku



Kuala Lumpur
05022009

Wednesday, January 21, 2009

Tidur


Mereka tidur lena?
Atau
Kita yang lena tertidur?

19012009
Kuala Lumpur