..: SolitudeInMind's Registered Copyright :..

Tuesday, August 30, 2005

Sepi Yang Indah

Gadis di hujung taman
Duduk sendirian
Berdetik hatinya
Alangkah indahnya hari
Andainya berteman
Benarkah?
Bukankah sepi itu indah?



31032005
Kuala Lumpur

Note: Sepi itu indah?

Monday, August 29, 2005

Lalu Berlalu

Andai kita bertemu
banyak yang inginku
tanyakan padamu
atau mungkin aku
seharusnya diam
dan membiarkan
yang lalu, berlalu...



03062005
Kuala Lumpur

Note: Let bygone, bygone..

Sunday, August 28, 2005

Jangka Panjang

Perjalanan masa yang singkat
Kita habiskan membuang masa
Merancang untuk jangka pendek
Sedangkan kehidupan akhirat
Memerlukan rancangan jangka panjang



20072005
Kuala Lumpur

Note: Sibuk merangka cara untuk terus hidup sedangkan mati itu lebih hampir dan kehidupan akhirat itu abadi selamanya.

Saturday, August 27, 2005

Kama Atuk

Atuk...
Hari ini adik
Tak mahu main
Adik sakit
Adik demam

Atuk...
Boleh atuk?
Hari ini kita tak main
Adik tak sihat
Adik letih sangat

Atuk...
Hari ini kita jangan main
Lagipun permainan yang atuk
Ajarkan tu menyakitkan adik

Atuk...
Tolonglah atuk!
Atuk kata atuk sayang adik
Sampai hati atuk

Tolonglah atuk!
Hari ini adik
Tak mahu main!



18072005
BilikStudy

Note: Sedih bila dengar seorang atuk sanggup rogol cucu yang baru berusia 4 tahun.