..: SolitudeInMind's Registered Copyright :..

Tuesday, April 24, 2012

Caviar

IMG_7520

 

Experience is like caviar

Start from a fish roe

Sort to separate it

Put a salt on it

Let the real colour shone

Then you valuable

 

24042012

Sunday, April 22, 2012

Oportunis

IMG_0657

 

Dalam salam

Sambil senyum

Sembang manis

Ada oportunis

Bertopengkan

Dendam dan iri

 

22042012

Saturday, April 21, 2012

Just Another Dent

IMG_0549

 

She lay her heart

On an open couch

He came with a box

Glitter with a golden dust

 

She put her heart

In that nice comfy box

Thought it always shield her

From bare to outside harm

 

But then she been knock down

By a damn stranger

A young lovely girl

Cling to her man heart

 

“It’s just another dent”

She said smiling

She already crumble

The day she put her heart

In that man golden box

 

21042012

Friday, April 20, 2012

Kedap

IMG_0282

 

Tutup yang ternganga

Sumbat yang menganga

Tampal yang terponga

Lapik yang berongga

Kedap otak mereka

Kurang oksigen

Mereka tak banyak cerita

 

20042012

Wednesday, April 18, 2012

MISTAKE

IMG_0525

 

Mistake are just like a broken vase

Though you fix it and glue it together

Still water seep through the cracks

 

18042012

Tuesday, April 17, 2012

Cahaya Anugerah

IMG_0650

 

Tidak terhingga syukur ku panjatkan

Bila khabar manis menerjah

Malam yang hangat jadi aman dingin

Cahaya anugerah yang berputik

Ku doakan menjadi penyejuk

Mata, hati dan minda

Kedua ibubapamu nanti

 

17042012

Thursday, April 5, 2012

Bila Terlalu Suka

IMG_7315

 

Serigala yang ghairah melahap

Daging-daging yang mentah

Hingga tidak terasa bilah pisau

Menghiris-hiris lidah

Sehingga mati berdarah

Bukan kerana terlalu bodoh

Tetapi kerana terlalu suka

 

05042012

Tuesday, April 3, 2012

Rosy Cheek

IMG_0817

 

You make me bloom a rosy cheek

When you say you love me

 

03042012

Monday, April 2, 2012

Tutup Buku

IMG_0646

 

Tiada ucap selamat

Tiada ingat-mengingat

Tiada apa yang tinggal

Tutup buku

 

02042012

Tuesday, March 13, 2012

Kunci Tenang

IMG_0314

 

Aku temui kunci tenang dalam laci iman

Sayangnya tidak ku temui itu diwajahmu

Walau sedalam mana cintaku kepadamu

 

 

13032012

Thursday, March 1, 2012

Benang Amanah

IMG_0813

 

Setelah 25 tahun lamanya memikul

Pintalan benang-benang amanah dibahu

Sekarang aku leraikan satu per satu

Dan satu per satu juga kuserahkan

Kepadamu adik iparku

 

01032012


Selamat Pengantin Baru Buat

Red heart

AYU & FOZI

1 MAC 2012

Pusat islam

 

resepsi ayu

11 mac 2012

desa rejang

 

Resepsi fozi

17 mac 2012

felda kratong

Wednesday, February 15, 2012

Tuna

IMG_2993

 

Letakkan segala salah padaku

Aku tebal kulit

Tuna segala sakit

 

15022012

Tuesday, February 14, 2012

Dihanyut Cinta, Dimudik Percaya

IMG_0545

 

Setelah setahun

Hilang segala rasa

Diletak semua

Di dalam karung

Dihanyutkan ke laut

Agar selamanya

Tidak berjumpa

Perlahan dibuka rasa

Bukan untuk bercinta

Tapi untuk mula percaya

Tidak semua pura-pura

 

140220112


Gift with a bowBirthday cakeGift with a bowRed heartGift with a bowBirthday cakeGift with a bow

Selamat Hari Lahir buat teman jauh yang tidak pernah berjumpa

Semoga Allah s.w.T melimpahkan nikmat dan rahmat

buat dirinya seisi keluarga.

AMIN

Birthday cakeGift with a bowBirthday cake

Monday, February 13, 2012

Sekecil Semut

IMG_0481

 

Di bawah langit Tuhan

Kadang terlupa

Kecilnya kita

Bagai semut

Merayap di kaki

 

13022012

Tuesday, February 7, 2012

Tidak Terikutkan

IMG_0544

 

Tempat paling sepi

Letaknya diam di hati

Detik walau sesunyi mana

Amat pantas jalannya

Kadang tidak terikutkan

 

07022012

Monday, February 6, 2012

Sesungguhnya Tidak

IMG_0339

 

Apabila kau mengatakan

Kau mengenali aku

Sesungguhnya tidak

 

Apabila aku mengatakan

Aku mengenali kamu

Sesungguhnya tidak

 

Kerana yang zahir pun

Ada yang sulit

Apa lagi yang batin

 

06022012

Monday, January 30, 2012

Cinta

IMG_0503

 

Cinta itu lain indahnya

Bila tak bertemu

Dan lain indahnya

Bila menjadi milik

 

30012012

Friday, January 20, 2012

Melting Marshmallow

IMG_9388

 

There a two marshmallow

Melting in a cup of hot chocolate

Just to make you tasted

The sweet of a creamy love

It's a God love in every sip

Which sometime you forget

How it might taste without

 

20012012

Thursday, January 19, 2012

Mencari Muhammad

IMG_0348

 

Kadang dalam leka

Kadang dalam lupa

Kadang dalam sedar

Kadang dalam insaf

 

Kadang dalam duduk

Kadang dalam berdiri

Kadang dalam tidur

Kadang dalam jaga

 

Terlupa bagaimana rasa

Tangisan redha atau pasrah

Seolah sama tiada beza

Seolah sama tiada harga

 

Lantas tangan diangkat

Mengunjuk ke langit

Mencari Muhammad,

Pengikat kasih antara manusia

 

19012012

Wednesday, January 18, 2012

Noise

IMG_0341

 

Dot here!

Dot there!

Dot everywhere!

Full of dot

Dot of fool

Noise!

 

18012012