..: SolitudeInMind's Registered Copyright :..

Thursday, March 31, 2011

Satu Langit Lain Awan

 

IMG_1182

 

Bila cinta tidak bertemu

Bila rindu tidak bersatu

Bila tidak kau jumpa titiknya

 

Semua itu bukan pengakhir

Semua itu permulaan

Untuk yang terbaik

 

Cuba kau lihat ke langit sana

Di sini aku melihat awan cirrus

Di sana kau melihat awan comulus

 

Ya,

Kita melihat ke langit yang sama

Tetapi lain awannya

 

30032011

Kuala Lumpur

Storm cloudKu tulis khas buat Sarah (Nur Sarah Deyana Abdul Wahab) bekas pelajarku yang bakal melangsungkan pernikahannya pada Jumaat 1 April 2011. Cheese Cake maafkan Cikgu tidak dapat hadir majlis kamu berikutan hal-hal yang tidak dapat dielakkan. Doaku sentiasa bersamamu Cheese Cake. Lupakan cinta lama yang memperdayamu. Setia bersama cinta baru yang mendampingmu ikhlas dengan ijab dan kabul. Selamat Pengantin Baru Buatmu. Cikgu will always love you Cheese Cake! 4ever! Remember that!

Sayang (16)

(Pesan Kasih Sayang a.k.a Cinta Buat Anakku)

 

IMG_7000[1]

 

Sayang,

Kadang kita ingin terus

Melangkah dan berlari

Enggan kembali

Enggan mengulang lagi

Tetapi sesekali cuba

Kau berhenti seketika

Lihat apa yang tertinggal

Dan lihat ke mana kau menuju

 

30032011

Kuala Lumpur

Sayang (15)

(Pesan Kasih Sayang a.k.a Cinta Buat Anakku)

 

IMG_6157[1]

 

Sayang,

Sabar itu letak di depanmu

Marah itu letak di belakangmu

Berani itu letak di bahumu

Baik itu letak di tubuhmu

Manis itu letak di tuturmu

Adab itu letak di otakmu

Iman itu letak di hatimu

Al-Quran itu letak di perisai dirimu

 

29032011

Kuala Lumpur

The Day I Deactivate My Facebook

 

IMG_6972[1]

 

My daughter sit on my lap

She smile at me happily

Then she pointed at my nose

With her forefinger

Then she’d touch her own nose

Before giggle and hug me tight

 

We ate a piece of Cheese Cake and almost

Finish a whole bar of chocolate together

She seem to sense today

Will be a very happy day for us

I know this is the right thing to do

 

I can’t ignore her existent

Her love is real to me

Her skin was warm when she put

Her hand around my neck and

Her lips are so supple when she kiss me

 

I willing to do anything for her

I dare to sacrifice everything for her

Her happiness is my true priority

And because of that with just one click

I ‘deactivate’ my Facebook

Only because she hate when I’m Facebook’ing

There is no regret and I’m feel like flying

 

Rewrite

28032011

Kuala Lumpur

Di Pagi Aku Menutup Facebook

 

IMG_6969[1]

 

Pagi yang tenang dan damai

Burung murai berkicap di jendela

Angin pagi berhembus lembut

Hangat mentari terbit menyapa pipiku

 

Putus sudah bulat niatku

Menutup jejakmu kini wajib bagiku

Bila terlalu banyak yang ku tahu

Jadi terlalu banyak calar-calar luka yang baru

Menindan di parut-parut luka yang lama

 

Lantas dengan lafaz Bismillah

Ku matikan wujudku dimukamu

 

Subhanallah sakinah sungguh kurasa

Bila beban dibahu kulepaskan

 

Alhamdulillah aku kini mampu berjalan

Tanpa rasa dosa di dada

 

Amin.

 

Rewrite

27032011

Kuala Lumpur

Sayang (14)

(Pesan Kasih Sayang a.k.a Cinta Buat Anakku)

 

IMG_6891[1]

 

Sayang,

 

Jika kau ada sifat baik

Diamkan baik mu

Jika kau ada sifat aib

Diamkan aib mu

 

Jangan disembang

Jangan dicanang

 

Kerana diam itu

Menutup aib mu

Kerana malu itu

Baik untuk mu

 

27032011

Kuala Lumpur

Sayang (13)

(Pesan Kasih Sayang a.k.a Cinta Buat Anakku)

 

IMG_6985[1]

 

Sayang,

Tiada material dunia

Sekemilau indah mana pun

Bisa mengatasi kasihku kepadamu

Dan jernih senyuman yang terpancar

Di bundar mata milikmu itu

Mencairkan besi panas

Memadamkan marak api

Tewas amarahku pada sifat keibuanku

 

Red roseHanya mampu tersenyum bila anak gadisku mencarik-carik koleksi kaset Ebiet G. Ade kesayanganku.

26032011

Kuala Lumpur

Saturday, March 26, 2011

Sayang (12)

(Pesan Kasih Sayang a.k.a Cinta Buat Anakku)

 

IMG_0549

 

Sayang,

 

Telahku letakkan

Garis diantara kita

Yang jaraknya

 

Tidak terlalu dekat

Hingga mengongkongmu

 

Tidak terlalu jauh

Hingga menyesatkanmu

 

25032011

Kuala Lumpur

PESAN ATUK ABDULLAH

 

IMG_0794

 

Kata Atuk Abdullah,

“Muslim belum tentu Mukmin

Mukmin sudah tentu Muslim”

 

Tanyaku kepada Atuk Abdullah,

“Atuk muslim atau mukmin?”

 

Jawap Atuk Abdullah sambil tersenyum,

“Aku sendiri tidak tahu cucuku

Bersabarlah cucuku

Tunggu hari perhitunggan

Nanti kau sendiri lihat

Tanganku yang mana

Menerima buku amalku

Jika kiri muslimlah aku

Jika kanan mukminlah aku”

 

24032011

Kuala Lumpur

Sayang (11)

(Pesan Kasih Sayang a.k.a Cinta Buat Anakku)

 

IMG_2596

 

Sayang,

 

Cinta sejati tidak datang berkali-kali

Yang menjenggahmu berkali-kali itu

Hanya ingin dan permainan nafsu hatimu

 

Cinta sejati datangnya hanya sekali

Bagaimana kau tahu itu cinta sejati?

Apabila kau merasa aman dengannya

 

23032011

Kuala Lumpur

Thursday, March 24, 2011

Buncit

 

IMG_6192

 

Akibat biasa makan suap

Akibat biasa menfitnah

Akibat biasa mengampu

Akibat biasa berjanji palsu

Akibat biasa mengadu domba

Akibat biasa bersumpah dusta

Akibat biasa bermain dosa

Terlupa buncit membusung di perut sendiri

 

23032011

Kuala Lumpur

Tak Sah Taraf

(Surat Seorang Anak Luar Nikah Atau Dalam Bahasa Yang Disedapkan Bunyinya “Anak Tak Sah Taraf” Yang Sedang Menginjak Remaja Buat Maknya Tukang Masak Kantin Sekolah Berasrama)

 

IMG_5540

 

Mak,

Maafkan kesalahan Abang

Abang tak sengaja cederakan adik

Balik sekolah tadi budak-budak ejek Abang

Abang tak kesah kalau mereka kata

Abang miskin atau Abang tak handsome

 

Abang hilang sabar bila

Mereka kata Abang anak haram!

Mereka kata Abang anak gampang!

Mereka kata Abang anak zina!

 

Abang tak sedar bila masa penumbuk Abang

Sampai kat muka budak-budak tu

Seorang rebah tak sedar diri

Seorang patah dua gigi

Seorang lagi lebam biji mata

 

Tak cukup bergasak dengan budak-budak itu

Bila Abang balik rumah Mak pula membebel

Cakap Abang anak tak tau diri!

Cakap Abang anak tak sedar diuntung!

Mak halau Abang, humban kain baju Abang

 

Abang tak sedar bila masa Abang capai tin susu

Abang tak sangka tin yang Abang baling tu terkena adik

Abang tak sengaja buat dahi adik berdarah

Abang tak sengaja buat dahi adik berjahit

 

Mungkin Tuhan sangat sayangkan Abang

Sebenarnya tin tu Abang nak baling kat Mak

Kalau adik tak terkena tin yang Abang baling tu

Tentu-tentu abang dah jadi anak derhaka sekarang

 

Mak,

Abang janji Abang tak buat lagi

Abang sayang Mak!

Abang sayang Mak!

Macam Mak sayang Abang

 

Cuma satu Abang nak tanya Mak

Masa Mak berzina dengan Ayah

Tak terfikirkah oleh Mak dengan Ayah

Yang dosa Mak dengan Ayah tu

Terpaksa Abang yang menanggung?

 

23032011

Kuala Lumpur

Tuesday, March 22, 2011

I’m Sorry

 

Image0474

 

I was a very shy girl

And you always said

I can be shy to other

But not with you

 

Slowly I’d open up myself

And lets you get to know me

Then from there we plans ours life

Ways ahead though with doubt

 

I’m the ones who’s woke up

At the middle of the night

And begging you for an ice cube

No matter how late it was

Still you went out just to make sure

I’ve got an ice cool water to ease my thirst

 

I’m sorry for being blind

I’m sorry for not seeing

How much you love me

And how much I Love You

 

21032011

Kuala Lumpur

Sah Taraf

(Tulis Seorang Anak Pada Sekeping Kad “Selamat Hari Ibu” Buat Emaknya)

IMG_6094

Mak,

Terima kasih kerana

Menjaga maruahmu

Semasa mudamu

 

Mak,

Terima kasih kerana

Aku lahir hasil persetubuhan halal

Dari sebuah pernikahan yang sah

 

20032011

Times Square

Dari Yeop Untuk Abah

(Nota Yeop Buat Abahnya Yang Mengidap Kanser Paru-Paru Kronik)

IMG_6090

Abah, sebelum subuh tadi

Yeop solat hajat untuk abah

Yeop doa panjang untuk abah

Yeop tak sanggup tengok abah menderita

Kanser paru-paru abah sudah merebak ke merata badan

Kemoterapi pun gagal mengubatnya

Abah pun kalau dulu merokok dua kotak sehari

Sekarang cuma kurang sebatang

Yeop pakar onkologi pun tak ada gunanya

Yeop sayang abah, sungguh Yeop sayang abah

Itu sebab Yeop minta Tuhan cepat ambil abah

Paling tidak duit yang abah bazirkan beli rokok tu

Boleh Yeop manfaatkan guna untuk

Wakaf tanah untuk budak-budak belajar tahfiz

Atau beli sejadah baru untuk masjid dan surau

Tidak pun guna buat tahlil arwah abah nanti

 

20032011

Times Square

Thursday, March 17, 2011

A Little Bit

 

IMG_6796[1]

 

Kids are resemble of us

A little bit of me

A little bit of you

We reincarnation in them

 

17032011

Times Square

Sayang (10)

(Pesan Kasih Sayang a.k.a Cinta Buat Anakku)

  IMG_6829[1]_thumb[8]

 

Sayang,

 

Kau boleh katakan ‘takdir’

Untuk kesilapanmu yang pertama

Tidak untuk yang kedua

Ketiga dan seterusnya

Itu silapmu sendiri

 

17032011

Times Square

Wednesday, March 16, 2011

SAYANG (9)

(Pesan Kasih Sayang a.k.a Cinta Buat Anakku)

 

IMG_2992_thumb6

 

Sayang,

Tidak semua yang naik untung

Tidak semua yang turun rugi

Tidak juga yang diantara itu baik

Kerana garis antara halal dan haram itu jelas

 

16032011

Kuala Lumpur

MUALAF

(Rintih seorang saudara baru yang minta diajar kenal kalam Tuhan)

 

14-05-06_1407

 

Aku sekarang sakit katanya

Kerana banyak perempuan

Kerana dulu hanyut cinta dunia

 

Bapak aku lama mati

Kerana banyak rokok

Kerana banyak minum

 

Mak aku sayang aku

Walau tak seagama dengan aku

Dia sangat kasihkan aku

 

Adik beradik benci aku

Bukan sebab aku sakit

Bukan sebab aku HIV positif

Tapi sebab aku dapat iman

 

Saudara muslim pun benci aku

Iman aku tak ada nilai pada mereka

Mereka jijik sebab aku HIV

 

Aku merempat tidur di beranda masjid

Kalau mereka tahu aku ada penyakit ini

Mereka samak tempat tidur aku

 

Tolong ajarkan aku bacaan dalam solat

Aku ingin mengadu kepada Tuhan

Kerana hanya Tuhan tak mendiskriminasi aku

 

16032011

Kuala Lumpur

Thank You Very Much

 

IMG_6107

 

Thank you very much

For telling me that you love me

Even though your heart doesn’t feel it

Thank you very much

For making me feel the sweetness of love

And taste the bitterness of being hurt

Maybe Lord answered my prayers

Taste the love and disappointment

In the same breath that I took

Just be careful with your games

Tsunami is not far behind

 

Red heartDedicated to Sarah. Honey it not you. Guys like him don’t deserve sweet girls like you. Shame on him. Cheer up Chees Cake. Love you. Muah!

 

15032011

Kuala Lumpur