There is very beautiful
Light from far I see
Very cold wind blow
I just can't feel
My own face anymore
10052005
Kuala Lumpur
Sunday, April 29, 2007
Wednesday, April 25, 2007
Hidupku
Hidupku berputar
Mengikut kehendak-Nya
Maafkan aku kerana
Selama waktu ini aku
Tidak pernah melupakanmu
Di setiap hela nafasku
Di setiap denyut nadiku
Mungkin benar aku perlu
Mengaku kalah dan
Meletakkan penyerahan
Hanya kepada Allah..
03062005
Kuala Lumpur
Mengikut kehendak-Nya
Maafkan aku kerana
Selama waktu ini aku
Tidak pernah melupakanmu
Di setiap hela nafasku
Di setiap denyut nadiku
Mungkin benar aku perlu
Mengaku kalah dan
Meletakkan penyerahan
Hanya kepada Allah..
03062005
Kuala Lumpur
Tuesday, April 17, 2007
Joran Pancing
Sutera itu untuk kalian
Kami bentangkan agar kalian
Duduk menelentang merehatkan
Urat yang tegang
Di waktu musim sejuk
Di kala hujan dingin
Di saat kami tidak
Lagi memancing
Joran ini kami
Serahkan kepada kalian
Pergilah kalian
Memancing haruan
Sambil ketawa gelak gembira
Usah bimbangkan kami
Kerana kami elok belaka
11012007
Kuala Lumpur
Note : Yang memancing terpancing.
Kami bentangkan agar kalian
Duduk menelentang merehatkan
Urat yang tegang
Di waktu musim sejuk
Di kala hujan dingin
Di saat kami tidak
Lagi memancing
Joran ini kami
Serahkan kepada kalian
Pergilah kalian
Memancing haruan
Sambil ketawa gelak gembira
Usah bimbangkan kami
Kerana kami elok belaka
11012007
Kuala Lumpur
Note : Yang memancing terpancing.
Friday, January 27, 2006
Pohon Kehidupan
Daun tidak gugur lagi
Dahannya telah dicantas
Akarnya telah dibongkar
Begitulah hidup tidak seperti
Apa yang kita harapkan
130405
Kuala Lumpur
Note : Hidup mesti terus.
Dahannya telah dicantas
Akarnya telah dibongkar
Begitulah hidup tidak seperti
Apa yang kita harapkan
130405
Kuala Lumpur
Note : Hidup mesti terus.
Wednesday, January 25, 2006
Hidayah
Tuhan, aku nanar
Dalam pijar langkah
Tersesat jauh dari-Mu
Simpang-simpang di hadapan
Entah di mana akhirnya
Langkahku mati sendiri
Berat kakiku sudah
Tidak terbawa lagi
Akhirnya aku sujud
Mohon hidayah petunjuk dari-Mu
080305
Kuala Lumpur
Note : Doa adalah senjata bagi orang mukmin.
Dalam pijar langkah
Tersesat jauh dari-Mu
Simpang-simpang di hadapan
Entah di mana akhirnya
Langkahku mati sendiri
Berat kakiku sudah
Tidak terbawa lagi
Akhirnya aku sujud
Mohon hidayah petunjuk dari-Mu
080305
Kuala Lumpur
Note : Doa adalah senjata bagi orang mukmin.
Tuesday, January 24, 2006
Seorang Umar (2)
Umar, rintih tangis mu
Disebalik pohon tamar itu
Menyiat ulu hati ku
Berbahagialah engkau wahai Umar
Sekufumu dijanji Tuhan
Benarlah mulia manusia
Bukan kerana harta
Mulia kita kerana iman
120205
Kuala Lumpur
Note : Kita sentiasa diberi peluang untuk bertaubat.
Disebalik pohon tamar itu
Menyiat ulu hati ku
Berbahagialah engkau wahai Umar
Sekufumu dijanji Tuhan
Benarlah mulia manusia
Bukan kerana harta
Mulia kita kerana iman
120205
Kuala Lumpur
Note : Kita sentiasa diberi peluang untuk bertaubat.
Thursday, January 12, 2006
Seorang Umar (1)
Berkatalah seorang Umar kepada Penciptanya
"Tuhan, pesona dunia terlalu menggoda
berkali-kali kakiku tersadung akibat
rangkulan tangan-tangan mereka"
Bersuaralah hati kecil Umar
"Bersyukurlah Umar kau masih
diberi ruang untuk memperbaiki
amalmu yang curang"
"Disisa usiamu itu Umar
manfaatkanlah lima perkara
Bersaksilah yang Allah itu Esa
Yakinilah Muhammad itu Rasul yang akhir
Sujudlah kepada Tuhanmu
Berpuasalah dibulan Ramadhan
Berzakatlah dan tunaikan haji di tanah suci
Sesungguhnya wahai Umar
Cinta Allah mengatasi cinta segala"
12022005
Kuala Lumpur
Note : Manfaatkanlah lima perkara sebelum datang lima perkara.
"Tuhan, pesona dunia terlalu menggoda
berkali-kali kakiku tersadung akibat
rangkulan tangan-tangan mereka"
Bersuaralah hati kecil Umar
"Bersyukurlah Umar kau masih
diberi ruang untuk memperbaiki
amalmu yang curang"
"Disisa usiamu itu Umar
manfaatkanlah lima perkara
Bersaksilah yang Allah itu Esa
Yakinilah Muhammad itu Rasul yang akhir
Sujudlah kepada Tuhanmu
Berpuasalah dibulan Ramadhan
Berzakatlah dan tunaikan haji di tanah suci
Sesungguhnya wahai Umar
Cinta Allah mengatasi cinta segala"
12022005
Kuala Lumpur
Note : Manfaatkanlah lima perkara sebelum datang lima perkara.
Wednesday, January 11, 2006
Saed (3)
Rasa terdesak yang mengasak
Membuatkan kau bersawai
Sudahlah Saed, sudahlah!
Lepaskan dia, lepaskan!
Terimalah Saed, terimalah!
Dia ingin bahagia
Biarkan dia bahagia
Lupakan Saed, lupakan!
07072005
Kuala Lumpur
Note : Sukar nak melupakan yang tak terlupa.
Membuatkan kau bersawai
Sudahlah Saed, sudahlah!
Lepaskan dia, lepaskan!
Terimalah Saed, terimalah!
Dia ingin bahagia
Biarkan dia bahagia
Lupakan Saed, lupakan!
07072005
Kuala Lumpur
Note : Sukar nak melupakan yang tak terlupa.
Saturday, January 7, 2006
Saed (2)
Saed pulanglah
Usah lagi kau cari dia
Sebab dia ibarat bayang
Menghampirimu bila ada cahaya
Kemudian meninggalkanmu
Bila gelap menjelma
Saed pulanglah
Seberang lautan sana
Bukan tempat kau membina bahagia
Kerana bahagiamu hanya bila
Kau dekat dengan Tuhan
Dan Tuhan dekat denganmu
Saed pulanglah
Kadang kita perlu belajar
Melepaskan rasa cinta
Yang bukan untuk kita
Kerana Tuhan Pentadbir Alam
Lebih tahu apa yang ada
Di dalam buku takdir kita.
03062005
Kuala Lumpur
Note : Redha atas segala ketentuan-Nya.
Usah lagi kau cari dia
Sebab dia ibarat bayang
Menghampirimu bila ada cahaya
Kemudian meninggalkanmu
Bila gelap menjelma
Saed pulanglah
Seberang lautan sana
Bukan tempat kau membina bahagia
Kerana bahagiamu hanya bila
Kau dekat dengan Tuhan
Dan Tuhan dekat denganmu
Saed pulanglah
Kadang kita perlu belajar
Melepaskan rasa cinta
Yang bukan untuk kita
Kerana Tuhan Pentadbir Alam
Lebih tahu apa yang ada
Di dalam buku takdir kita.
03062005
Kuala Lumpur
Note : Redha atas segala ketentuan-Nya.
Friday, January 6, 2006
Monolog Saed (1)
Saed, namaku
Aku hidup separuh abad
Tapi aku masih teruna
Ku ulang! Masih teruna!
Saed, namaku
Masa muda aku bergaya
Kaya duit dan kaya betina
Tapi sekali lagi ku ulang!
Aku masih bujang!
Saed, namaku
Hidup aku derita
Bapak aku mati muda
Emak aku jadi janda
Duda tua ganti lakinya
Saed, namaku
Kakakku jadi mangsa sumbang mahram si tua
Adikku jadi mangsa laki tak berkerja
Aku? Aku jadi mangsa semua!
Saed, namaku
Dalam derita aku cari bahgia
Siang aku gila berkerja
Malam aku kejar Naga
Saed, namaku
Aku ada di mana-mana
Di Tokyo, London, Newcastle,
Zahirnya aku gembira
Batinnya aku terpenjara
Saed, namaku
Kepada semua sanak-sedara
Anak-anak sedara
Cucu-cucu sedara
Jangan ikut aku punya cara
Ops.. Sebelum terlupa
Kalian kenal aku siapa?
Aku… Aku… Aku Saed!
14072003
Kuala Lumpur
Note: Nasihati dirimu sendiri sebelum kamu menasihati orang lain.
Aku hidup separuh abad
Tapi aku masih teruna
Ku ulang! Masih teruna!
Saed, namaku
Masa muda aku bergaya
Kaya duit dan kaya betina
Tapi sekali lagi ku ulang!
Aku masih bujang!
Saed, namaku
Hidup aku derita
Bapak aku mati muda
Emak aku jadi janda
Duda tua ganti lakinya
Saed, namaku
Kakakku jadi mangsa sumbang mahram si tua
Adikku jadi mangsa laki tak berkerja
Aku? Aku jadi mangsa semua!
Saed, namaku
Dalam derita aku cari bahgia
Siang aku gila berkerja
Malam aku kejar Naga
Saed, namaku
Aku ada di mana-mana
Di Tokyo, London, Newcastle,
Zahirnya aku gembira
Batinnya aku terpenjara
Saed, namaku
Kepada semua sanak-sedara
Anak-anak sedara
Cucu-cucu sedara
Jangan ikut aku punya cara
Ops.. Sebelum terlupa
Kalian kenal aku siapa?
Aku… Aku… Aku Saed!
14072003
Kuala Lumpur
Note: Nasihati dirimu sendiri sebelum kamu menasihati orang lain.
Sunday, January 1, 2006
Tibanya Musim Bunga
Kehijauan dedaunan
Menyuburkan rasa mudaku
Jemarimu ku ramas mesra
Senyum di bibir mu merekah
Menyambut tibanya musim bunga
Sayang seribu kali sayang
Kau tidak menyaksikan ini semua
28122005
Note : Jauh dirindu, dekat disayang.
Menyuburkan rasa mudaku
Jemarimu ku ramas mesra
Senyum di bibir mu merekah
Menyambut tibanya musim bunga
Sayang seribu kali sayang
Kau tidak menyaksikan ini semua
28122005
Note : Jauh dirindu, dekat disayang.
Thursday, December 22, 2005
Di Bawah Mentari
Di bawah mentari
Aku duduk sendiri
Tidak jauh kelihatan
Tiga gadis sunti
Di bawah mentari
Mewarnakan hati
18032005
Balai Seni Lukis Negara
Note: Peralihan dari alam kanak-kanak ke alam remaja cukup indah.
Aku duduk sendiri
Tidak jauh kelihatan
Tiga gadis sunti
Di bawah mentari
Mewarnakan hati
18032005
Balai Seni Lukis Negara
Note: Peralihan dari alam kanak-kanak ke alam remaja cukup indah.
Sunday, September 18, 2005
Cinta Pada-Mu
Dermaga ini menjadi saksi
betapa lukanya hati
saat cinta yang dibajai
dihujani duri-duri
Merpati yang ku lepaskan
berusaha untuk kembali
mengikat hati dengan janji
milik-Mu Ya Rabbi
Wahai diri yang hilang
kembalilah alunkan syair
musafir atma mencari cahaya
walau sekilas cuma
Duduk antara dua sujut
jari telunjuk lurus
kifarahlah hamba ini
moga nanti dengan izin-Mu
layak ku langkaui
pintu taubat-Mu
Ya Ghafur..
rerun circa 2001
Kuala Lumpur
Note: Keredhaan Allah s.w.T. diimpikan.
betapa lukanya hati
saat cinta yang dibajai
dihujani duri-duri
Merpati yang ku lepaskan
berusaha untuk kembali
mengikat hati dengan janji
milik-Mu Ya Rabbi
Wahai diri yang hilang
kembalilah alunkan syair
musafir atma mencari cahaya
walau sekilas cuma
Duduk antara dua sujut
jari telunjuk lurus
kifarahlah hamba ini
moga nanti dengan izin-Mu
layak ku langkaui
pintu taubat-Mu
Ya Ghafur..
rerun circa 2001
Kuala Lumpur
Note: Keredhaan Allah s.w.T. diimpikan.
Saturday, September 17, 2005
Bayang
Entah kenapa aku jadi rindu
Ku cari jernih mata mu
Ku hayati lembut tutur mu
Ku perhati gerak geri mu
Lantas aku cuba dekati bayangan mu
Namun bayang itu adakalanya
Terlalu cepat mendahului ku
Kadang terlalu lewat membelakangi ku
Akhirnya aku sedari
Bayang hanya satu ilusi
Menemani perjalanan ku
Agar aku tidak terlalu sunyi
rerun circa 1999
Universiti Malaya
Note: Tidak semua persoalan jawapannya mengikut logik akal.
Ku cari jernih mata mu
Ku hayati lembut tutur mu
Ku perhati gerak geri mu
Lantas aku cuba dekati bayangan mu
Namun bayang itu adakalanya
Terlalu cepat mendahului ku
Kadang terlalu lewat membelakangi ku
Akhirnya aku sedari
Bayang hanya satu ilusi
Menemani perjalanan ku
Agar aku tidak terlalu sunyi
rerun circa 1999
Universiti Malaya
Note: Tidak semua persoalan jawapannya mengikut logik akal.
Friday, September 16, 2005
Sajak Yang Ingin Dilupakan
Telah diputuskannya
Janji cinta seseorang
Di suatu masa
Di suatu tempat
Namun jiwanya
Masih di situ
Circa 1999
Universiti Malaya
Note: Apa yang ingin dilupa, itu yang sering teringat.
Janji cinta seseorang
Di suatu masa
Di suatu tempat
Namun jiwanya
Masih di situ
Circa 1999
Universiti Malaya
Note: Apa yang ingin dilupa, itu yang sering teringat.
Thursday, September 15, 2005
Aku, Hamka dan Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
Aku tidak pernah kenal cinta
Namun aku pernah diajar
Betapa indahnya unggu
Betapa cemburunya merah jambu
Dan betapa peritnya rindu
Ku lihat Hamka dan indah tulisannya
Dan aku kadang terbawa bersama
Dalam kasihnya yang satu buat Ilahi
Dan di bahtera itu aku tenggelam bersama
Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
Bukankah kita belajar dari setiap luka
Agar tidak terluka lagi
Bukankah kita belajar dari setiap cerita
Yang cinta manusia tak kekal lama
Yang kekal hanyalah Allah dan kerajaan-Nya
Circa 2002
Kuala Lumpur
Note: Cintakan bunga, bungakan layu. Cintakan manusia, manusiakan pergi. Cinta Ilahi, kekal abadi.
Namun aku pernah diajar
Betapa indahnya unggu
Betapa cemburunya merah jambu
Dan betapa peritnya rindu
Ku lihat Hamka dan indah tulisannya
Dan aku kadang terbawa bersama
Dalam kasihnya yang satu buat Ilahi
Dan di bahtera itu aku tenggelam bersama
Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
Bukankah kita belajar dari setiap luka
Agar tidak terluka lagi
Bukankah kita belajar dari setiap cerita
Yang cinta manusia tak kekal lama
Yang kekal hanyalah Allah dan kerajaan-Nya
Circa 2002
Kuala Lumpur
Note: Cintakan bunga, bungakan layu. Cintakan manusia, manusiakan pergi. Cinta Ilahi, kekal abadi.
Wednesday, September 14, 2005
Walid
Kita sering duduk berdua
Di waktu dan ruang yang sama
Tanpa sepatah bicara
Bersama kebisuan suasana
Pernah terlintas di benakku
Apakah yang ada di benakmu?
Adakah sama denganku?
Menanti pembuka bicara bisu?
Sesekali ku mencuri pandang
Mencari persamaan yang ada
Pada wajahmu dan wajahku
Pada sikapmu dan sikapku
Sambil merenung anak jariku
Dalam diam aku mengakui
Banyak sifat dan sikapmu ku warisi
Tapi kenapa kita tidak serasi?
Aku sering rasa terasing
Lantas ku asingkan diri
Membina tembok antara kita
Membunuh kemesraan yang entah ke mana
Adakalanya ingin ku selami hatimu
Agar dapat ku ketahui
Sayangkah kau kepadaku?
Selama usiaku tak pernah
Terdengar kata sayang darimu
Ketika ku melangkah kaki
Meninggalkan naunganmu
Untuk belajar berdikari
Kau pegang tanganku
Ku sambut dan ku cium
Katamu "Kau telah dewasa
bukan puteri kecil yang dulu
ku gendong ke sana-sini
ku canangkan ke seluruh alam
inilah puteri tunggalku"
Tersipu aku mendengar bicaramu
Kemudian ku renung anak matamu
Ku lihat butiran jernih
bergenang di kelopaknya
Tersenyum kau dan aku
Menyembunyi rasa
Pesanmu penamat bicara
"Setiap langkahmu kau bawa
bersama maruah diri, keluarga,
agama dan bangsa.
Jagalah ia kerana bersamanya
berserta maruah Walidmu"
2 JamadilAkhir 1420
12 September 1999
8.10 am
Note: Sajak ini ku tulis khas buat Walidku (ayahku) Ma'arop Bin Abdullah (4 Januari 1948 - 8 september 2005) dan ku hadiahkan kepadanya pada sambutan hari lahirnya yang ke-52 tahun pada tahun 2000. Semoga Allah s.w.T mencucuri Rahmat dan kasih sayang-Nya kepada rohnya.
Di waktu dan ruang yang sama
Tanpa sepatah bicara
Bersama kebisuan suasana
Pernah terlintas di benakku
Apakah yang ada di benakmu?
Adakah sama denganku?
Menanti pembuka bicara bisu?
Sesekali ku mencuri pandang
Mencari persamaan yang ada
Pada wajahmu dan wajahku
Pada sikapmu dan sikapku
Sambil merenung anak jariku
Dalam diam aku mengakui
Banyak sifat dan sikapmu ku warisi
Tapi kenapa kita tidak serasi?
Aku sering rasa terasing
Lantas ku asingkan diri
Membina tembok antara kita
Membunuh kemesraan yang entah ke mana
Adakalanya ingin ku selami hatimu
Agar dapat ku ketahui
Sayangkah kau kepadaku?
Selama usiaku tak pernah
Terdengar kata sayang darimu
Ketika ku melangkah kaki
Meninggalkan naunganmu
Untuk belajar berdikari
Kau pegang tanganku
Ku sambut dan ku cium
Katamu "Kau telah dewasa
bukan puteri kecil yang dulu
ku gendong ke sana-sini
ku canangkan ke seluruh alam
inilah puteri tunggalku"
Tersipu aku mendengar bicaramu
Kemudian ku renung anak matamu
Ku lihat butiran jernih
bergenang di kelopaknya
Tersenyum kau dan aku
Menyembunyi rasa
Pesanmu penamat bicara
"Setiap langkahmu kau bawa
bersama maruah diri, keluarga,
agama dan bangsa.
Jagalah ia kerana bersamanya
berserta maruah Walidmu"
2 JamadilAkhir 1420
12 September 1999
8.10 am
Note: Sajak ini ku tulis khas buat Walidku (ayahku) Ma'arop Bin Abdullah (4 Januari 1948 - 8 september 2005) dan ku hadiahkan kepadanya pada sambutan hari lahirnya yang ke-52 tahun pada tahun 2000. Semoga Allah s.w.T mencucuri Rahmat dan kasih sayang-Nya kepada rohnya.
Thursday, September 1, 2005
Intifada
Inilah kisah perjuangan
Nilainya hanya di sisi Tuhan
Tidak gentar mati
Indahnya syahid jiwa
Fakir harta tidak mengapa
Asal maruah agama terbela
Dalam dada penuh berkobar
Amanah Tuhan tiada nilai harganya
21042005
Kuala Lumpur
Note: Hanya pejuang tahu manisnya perjuangan.
Nilainya hanya di sisi Tuhan
Tidak gentar mati
Indahnya syahid jiwa
Fakir harta tidak mengapa
Asal maruah agama terbela
Dalam dada penuh berkobar
Amanah Tuhan tiada nilai harganya
21042005
Kuala Lumpur
Note: Hanya pejuang tahu manisnya perjuangan.
Tuesday, August 30, 2005
Sepi Yang Indah
Gadis di hujung taman
Duduk sendirian
Berdetik hatinya
Alangkah indahnya hari
Andainya berteman
Benarkah?
Bukankah sepi itu indah?
31032005
Kuala Lumpur
Note: Sepi itu indah?
Duduk sendirian
Berdetik hatinya
Alangkah indahnya hari
Andainya berteman
Benarkah?
Bukankah sepi itu indah?
31032005
Kuala Lumpur
Note: Sepi itu indah?
Monday, August 29, 2005
Lalu Berlalu
Andai kita bertemu
banyak yang inginku
tanyakan padamu
atau mungkin aku
seharusnya diam
dan membiarkan
yang lalu, berlalu...
03062005
Kuala Lumpur
Note: Let bygone, bygone..
banyak yang inginku
tanyakan padamu
atau mungkin aku
seharusnya diam
dan membiarkan
yang lalu, berlalu...
03062005
Kuala Lumpur
Note: Let bygone, bygone..
Subscribe to:
Posts (Atom)