..: SolitudeInMind's Registered Copyright :..

Thursday, April 5, 2012

Bila Terlalu Suka

IMG_7315

 

Serigala yang ghairah melahap

Daging-daging yang mentah

Hingga tidak terasa bilah pisau

Menghiris-hiris lidah

Sehingga mati berdarah

Bukan kerana terlalu bodoh

Tetapi kerana terlalu suka

 

05042012

Tuesday, April 3, 2012

Rosy Cheek

IMG_0817

 

You make me bloom a rosy cheek

When you say you love me

 

03042012

Monday, April 2, 2012

Tutup Buku

IMG_0646

 

Tiada ucap selamat

Tiada ingat-mengingat

Tiada apa yang tinggal

Tutup buku

 

02042012

Tuesday, March 13, 2012

Kunci Tenang

IMG_0314

 

Aku temui kunci tenang dalam laci iman

Sayangnya tidak ku temui itu diwajahmu

Walau sedalam mana cintaku kepadamu

 

 

13032012

Thursday, March 1, 2012

Benang Amanah

IMG_0813

 

Setelah 25 tahun lamanya memikul

Pintalan benang-benang amanah dibahu

Sekarang aku leraikan satu per satu

Dan satu per satu juga kuserahkan

Kepadamu adik iparku

 

01032012


Selamat Pengantin Baru Buat

Red heart

AYU & FOZI

1 MAC 2012

Pusat islam

 

resepsi ayu

11 mac 2012

desa rejang

 

Resepsi fozi

17 mac 2012

felda kratong

Wednesday, February 15, 2012

Tuna

IMG_2993

 

Letakkan segala salah padaku

Aku tebal kulit

Tuna segala sakit

 

15022012

Tuesday, February 14, 2012

Dihanyut Cinta, Dimudik Percaya

IMG_0545

 

Setelah setahun

Hilang segala rasa

Diletak semua

Di dalam karung

Dihanyutkan ke laut

Agar selamanya

Tidak berjumpa

Perlahan dibuka rasa

Bukan untuk bercinta

Tapi untuk mula percaya

Tidak semua pura-pura

 

140220112


Gift with a bowBirthday cakeGift with a bowRed heartGift with a bowBirthday cakeGift with a bow

Selamat Hari Lahir buat teman jauh yang tidak pernah berjumpa

Semoga Allah s.w.T melimpahkan nikmat dan rahmat

buat dirinya seisi keluarga.

AMIN

Birthday cakeGift with a bowBirthday cake

Monday, February 13, 2012

Sekecil Semut

IMG_0481

 

Di bawah langit Tuhan

Kadang terlupa

Kecilnya kita

Bagai semut

Merayap di kaki

 

13022012

Tuesday, February 7, 2012

Tidak Terikutkan

IMG_0544

 

Tempat paling sepi

Letaknya diam di hati

Detik walau sesunyi mana

Amat pantas jalannya

Kadang tidak terikutkan

 

07022012

Monday, February 6, 2012

Sesungguhnya Tidak

IMG_0339

 

Apabila kau mengatakan

Kau mengenali aku

Sesungguhnya tidak

 

Apabila aku mengatakan

Aku mengenali kamu

Sesungguhnya tidak

 

Kerana yang zahir pun

Ada yang sulit

Apa lagi yang batin

 

06022012

Monday, January 30, 2012

Cinta

IMG_0503

 

Cinta itu lain indahnya

Bila tak bertemu

Dan lain indahnya

Bila menjadi milik

 

30012012

Friday, January 20, 2012

Melting Marshmallow

IMG_9388

 

There a two marshmallow

Melting in a cup of hot chocolate

Just to make you tasted

The sweet of a creamy love

It's a God love in every sip

Which sometime you forget

How it might taste without

 

20012012

Thursday, January 19, 2012

Mencari Muhammad

IMG_0348

 

Kadang dalam leka

Kadang dalam lupa

Kadang dalam sedar

Kadang dalam insaf

 

Kadang dalam duduk

Kadang dalam berdiri

Kadang dalam tidur

Kadang dalam jaga

 

Terlupa bagaimana rasa

Tangisan redha atau pasrah

Seolah sama tiada beza

Seolah sama tiada harga

 

Lantas tangan diangkat

Mengunjuk ke langit

Mencari Muhammad,

Pengikat kasih antara manusia

 

19012012

Wednesday, January 18, 2012

Noise

IMG_0341

 

Dot here!

Dot there!

Dot everywhere!

Full of dot

Dot of fool

Noise!

 

18012012

Tuesday, January 17, 2012

Rename To Redeem

IMG_9229

 

Though you rename yourself

It’s won’t redeem your sins

 

17012012

Wednesday, January 11, 2012

Loose Cannon

IMG_0327

 

We stand on a platform together

Watch them make fun of us

Now our turn to take steer

They must follow

Like a bounty hunter

Chasing bandit for rewards

They might do it for pride or justice

Or maybe they just want to cover

Their filthy shit!

 

11012012

Tuesday, January 10, 2012

Kosong

IMG_0298

 

Botol yang kotor berdebu

Dibasuh, dicuci bersih

Kemudian diisi

Dengan yang najis

Tidak mensucikan sesama

 

1001012

Saturday, January 7, 2012

You Owe Me Awe

IMG_0215

 

Discover the truth in my eyes

Try to shut it tight

Slipped in a blink of a light

My finger reach to catch

Glance of your existent

I lose you in my teardrop

My love, you owe me awe

 

07012012

Friday, January 6, 2012

Sky High

IMG_0251

 

Don't look down

I don't put my dignity

Under my feet

Though I don't stand tall

But my faith is sky high

 

06012012

Sunday, January 1, 2012

Diari Tahun Baru

IMG_0392

 

Tertutuplah rahsia sebuah diari

Rentung hangus dibakar api

Lantas dibelinya sebuah lagi yang baru

Ditulisnya di muka pertama ‘Azam Tahun Baru’

Dipenghujungnya nanti bakal hangus dibakar lagi.

 

01012012