..: SolitudeInMind's Registered Copyright :..

Monday, October 24, 2011

Penyakit Manusia

IMG_9573

 

Cemburu, iri hati dan dengki

Penting diri, bongkak dan sombong

Tamak haloba dan cinta dunia

Bukan penyakit bangsa

Bukan penyakit baka

Itu penyakit manusia

Jauh dengan Tuhan

 

24102011

Sunday, October 23, 2011

Cahaya Mata Yang Diberkati

IMG_9489

 

Saat pertama mataku menatap wajahmu

Segala sepi dan duka hatiku hapus

Lantas dengan lafas ‘Bismillahirahmanirrahim’

Kunamakan dirimu ‘Penghulu Segala Bidadari’

 

Bukan kerana cantik bundar matamu

Bukan kerana manisnya lesung pipitmu

Dan bukan kerana ayunya wajahmu

Tetapi kerana aku ingin kau jadi wanita

Di mana iman menjadi penghulu kepada dirimu

 

Aku ingin kau jadi wanita yang mandiri dan berperibadi

Tidak membiarkan manusia memperkotak-katikkan hidupmu

Memelihara diri hanya untuk yang layak memilikimu

Menjaga maruahmu untuk lelaki yang hidupnya

Sentiasa taatkan Allah dan Rasul-Nya

 

Ya! Aku akui aku adalah ibu yang tamak haloba

Bila aku impikan hidupmu semulia bidadari syurga

 

23102011


Red roseRed heartRed roseRed heartRed rose

Tidak sekali aku kesali diutuskan Tuhan akan kamu

sebagai amanah kepadaku

 

Gift with a bow'Cahaya Mata Yang Diberkati'Birthday cake

 

Semoga Allah s.w.T & Rasul-Nya

Sentiasa bersamamu

Sentiasa dihatimu sayang

Red heartRed roseRed heartRed roseRed heart

Friday, October 21, 2011

Dia Khadam Syurga

Dedicate To Yue Yue : Rest In Peace Little Girl T_T

 

IMG_8980

 

Dia gadis comel yang cilik

Mangsa kepada sikap manusia

Leka mengejar dunia

Dia pergi membawa simpati

Manusia yang berperasaan

Perginya aman dijanji Tuhan

Dia khadam syurga

Selamanya dia kekal didalamnya

 

21102011

Cinta Lama

IMG_9147

 

Dalam tiga kali dering

Tiga minit aku terlewat menjawapnya

Jika sekadar ingin mendengar suara

Peringatan! Suaraku tidak semanja dulu

 

21102011

Thursday, October 20, 2011

MUHRIM

IMG_8986

 

Wahai muhrim

Bagai ombak yang memutih kau datang

Meredah lautan demi mencari redha Tuhanmu

Dalam leka langkahmu mencari Rahmat Tuhan

Jaga hak saudaramu yang juga mencari

Ampunan Tuhan sama sepertimu

 

20102011

Monday, October 17, 2011

Ji (40)

IMG_9553

 

Ji,

Kau dekat di sisiku

Masih,

Aku merinduimu

 

17102011

Sunday, October 16, 2011

Rintih (8)

IMG_9443

 

Tuhanku,

Langkahku diasak-asak manusia

Bengkak buku laliku tidak tertahan sakitnya

Airmataku gugur tidak mampu ku halang

Namun tidak sedikit berganjak tekadku

Mencari ampunan-Mu diantara melautnya hamba-hamba-Mu

 

 

16102011

Friday, October 14, 2011

Sayang (30)

(Pesan kasih sayang a.k.a Cinta Buat Anakku)

IMG_8973

Sayang,

Janganlah kau menangis

Kerana itu melukakan hatiku

Jangan buat orang menangis keranamu

Kerana itu juga melukakan hatiku

 

14202011

Thursday, October 13, 2011

Redha Saudaramu, Redha Tuhanmu

IMG_9555

 

Ampunan dosa kepada manusia

Minta secara bertentang mata

Tidak cukup sekadar kata-kata

Di situ nampak tidak ikhlasnya

Bagaimana Allah hendak redha

Jika sombong masih di kepala

 

13102011

Wednesday, October 12, 2011

Rintih (7)

IMG_9146

 

Tuhan,

Engkau pemegang hati-hati kami

Pegang hatiku agar sentiasa dekat dengan-Mu

 

12102011

Tuesday, October 11, 2011

Rintih (6)

IMG_9144

 

Tuhan,

Engkau ‘Ada’ ketika aku tiada

Aku tiada, Engkau tetap ‘Ada’

 

11102011

Monday, October 10, 2011

Ji (39)

IMG_9446

 

Ji,

Terima kasih

Kerana sudi temani aku

Kerana selalu di sisiku

 

10102011

Sunday, October 9, 2011

Seketika Di Titik Kasih

IMG_9163

 

Dia dan aku sama-sama

Melalui zaman yang berbeza

Kami bertemu di suatu masa

Di suatu simpang yang sama

 

Kami mengenali topeng-topeng yang

Dipasangkan ke wajah-wajah kami

Di situ kami mencari titik-titik

Hampir sama, yang hampir serupa

 

Hanya kami kononnya yang tahu

Rasa kurangnya kasih dan sayang

Dan kasih kami berputik di titik itu

Hanya seketika dan tidak lama

Cukup sekadar menunggu

Bertemunya titik yang baru

 

09102011

Saturday, October 8, 2011

Dikeliling Lautan

IMG_9343

 

Di sini aku berdiri dikeliling lautan

Bayunya hangat tapi cukup menyamankan

Aku terkenang sirat hidupku

Ada yang sangat ku syukuri

Ada yang sangat ku kesali

Ada yang sangat ku harap

Dapat ku ulangi untuk kuperbaiki

 

08102011

Friday, October 7, 2011

Diketuk Rindu

IMG_9072

 

Aku melihat kelibatmu

Di mana-mana

Bosan!

 

07102011

Thursday, October 6, 2011

Subuh Terakhir Di Kuala Lumpur

IMG_9119

 

Seusai salam ku tadahkan telapak tangan

Meminta penuh rendah hati kepada Penciptaku

Kasih sayang-Nya yang tidak ternafikan

Moga permusafiranku kali ini dengan redha-Nya

Moga perjalananku kali ini dengan Rahmat-Nya

Menundukkan nafsuku agar lebih memperbanyakkan sujud

 

06102011

Tuesday, October 4, 2011

Dipaksa Terbang

IMG_7250

 

Mak,

Adik baru hendak lihat dunia

Mak dah paksa adik terbang

Burung pun tak paksa anak dia

Yang baru menetas untuk terbang

Sakit sungguh mak cabut nyawa adik

Lebih dari sakit mak lahirkan adik

 

03102011

Friday, September 30, 2011

Sajak Ingat Kepada Yang Lupa

IMG_8526

 

Setia seorang kawan

Amanah bagai penyimpan

Mohor-mohor besar

Segala rahsia aib

Ditutup kedap rapat

Dibawa hingga ke lahad

 

30092011

Tuesday, September 27, 2011

Bersilat Di Kanvas

IMG_8588

 

Seni itu beda

Pada empunya mata

Pada empunya jiwa

 

Apa cantik dimatamu

Mungkin saja

Tidak seri dimataku

 

Walau cantik itu objektif padamu

Tetap ianya subjektif bagiku

 

27092011

Monday, September 26, 2011

Surat Kedua Buat Suami Teman Baikku

IMG_8602

 

Tolong jangan gantung temanku tidak bertali

Lepaskan dia sebaik waktu kau mengambilnya dulu

Boleh saja kau anggap itu ihsan untuknya

Tapi sebenarnya itu ihsan untukmu

 

26092011

Sunday, September 25, 2011

Rintih (5)

IMG_8141

 

Tuhanku,

Dosa semua umat Satu Malaysia

Tidak dihukum mengikut hukum-Mu

Siapa yang menanggungnya?

Pemimpinkah? Jika begitu,

Aku tidak bimbang berbuat dosa

 

25092011

Saturday, September 24, 2011

Hilang

IMG_8638

 

Sejak lahir kamu dibedung ibu ayahmu

Agar lurus sempurna langkahmu

Agar terpelihara dari angin luar

Agar terjaga dari panas dan sejuk

Belum sempat melihat kamu dewasa

Jalan hidupmu dikhianat orang

Hilang sebelum sempat ibu ayahmu

Melihat sempurna atau pincang langkahmu

 

24092011

Digantung Tali Maya

IMG_8741

 

Dia tidak dara

Tidak juga janda

Dia duduk diantara

Digantung tali maya

 

Oleh lelaki yang enggan melepaskannya

Oleh dia yang enggan lagi hidup berdua

 

24092011

Friday, September 23, 2011

Carik

IMG_8615

 

Sesuatu yang tercarik

Cuba dijahit balik

Walau dicantum baik

Tetap cacat dan kurang cantik

 

23092011

Tuesday, September 20, 2011

Rintih (4)

IMG_8190

 

Tuhanku,

Ampunkan aku bila sering terlupa

Mensyukuri nikmat boleh berdiri

Di atas kaki sendiri

 

20092011

Telinga Keling

IMG_8586

 

Hidup jangan seperti

Kuih Telinga Keling

Rasa manis tetapi hitam

Kosong dan berlubang di tengah

 

20092011

Ji (38)

IMG_8583

 

Ji,

Kebersamaan itu saling

Tampung-menampung

 

20092011

Sunday, September 18, 2011

Rintih (3)

IMG_8554

 

Tuhanku,

Tiada yang lebihku inginkan

Selain redha kedua orang tuaku

 

18092011

Friday, September 16, 2011

Dear Mr Prime Minister

IMG_8547

 

Dear Mr Prime minister,

I don’t want anything

Just a freedom

To practiced my belief

 

16092011

Wednesday, September 14, 2011

Di Titik Rindu

IMG_8558

 

Inginku letakkan noktah

Pada rindu yang bersarang

Malangnya aku hanya mampu

Berdiri kaku di titik rindu

 

14092011

Tuesday, September 13, 2011

Ji (37)

IMG_8560

 

Ji,

Terima kasih kerana

Sama-sama kasih

Denganku

 

13092011

Monday, September 12, 2011

Hikmah

IMG_8186

 

Apabila yang diinginkan tidak jadi nyata

Ada hikmah yang terlepas pandang di mata

 

12092011

Saturday, September 10, 2011

Gentle Reminder

IMG_8273

 

Please utilize your life

Before it expires

 

10092011

Friday, September 9, 2011

Sunyi

IMG_8182

 

Sunyi itu indah

Kadang meresahkan

Adakalanya mematahkan

Semangat dan jati diri

Kecuali bila bersunyi kembali

Kepada Khaliq pencipta diri

 

09092011

Thursday, September 8, 2011

Doa Buat Ayah

IMG_8253(2)

 

Hari ini genap 6 tahun Ayah pergi

Pagi lagi Ummi minta masakkan

Pengat pisang kesukaan Ayah

Buat dibagi makan orang

Dalam duduk, dalam ingat

Airmata berlinang bila terkenang

Apa yang Ayah makan di alam sana?

Cukupkah amal baik anak Ayah di dunia ini

Buat membantu Ayah di sana?

 

08092011

Tuesday, September 6, 2011

Melihat Ke Bawah

IMG_8571[1]

 

Dalam jalan-jalan raya

Melihat hidupnya orang

Dalam susah-susahnya kita

Ada yang melalui sangat payah

 

06092011

Sunday, September 4, 2011

Rintih (2)

IMG_8580[1]

 

Tuhanku,

Sembunyikan mataku dari melihat

Apa yang tanganku memberi

Hilangkan ingatku

Kerana selagi kuingat

Selagi itu tiada berkat

 

04092011

Friday, September 2, 2011

Jeruk

IMG_8591[1]

 

Setelah lama menjeruk rasa

Dilepaskan penumbuk tepat di dada

Sedikit tidak hilang sengsara luka

Makin terasa sakitnya jiwa

“Kenapa tidak mati saja!”

Katanya dalam rintih doa

Moga tidak di’amin’kan malaikat

Lantas dipujuknya hati sendiri

Jeruk yang makin lama dijeruk

Semakin sedap rasa akhirnya

 

02092011