..: SolitudeInMind's Registered Copyright :..

Wednesday, March 16, 2011

Thank You Very Much

 

IMG_6107

 

Thank you very much

For telling me that you love me

Even though your heart doesn’t feel it

Thank you very much

For making me feel the sweetness of love

And taste the bitterness of being hurt

Maybe Lord answered my prayers

Taste the love and disappointment

In the same breath that I took

Just be careful with your games

Tsunami is not far behind

 

Red heartDedicated to Sarah. Honey it not you. Guys like him don’t deserve sweet girls like you. Shame on him. Cheer up Chees Cake. Love you. Muah!

 

15032011

Kuala Lumpur

Terima Kasih Banyak

 

IMG_6104

 

Terima kasih banyak kerana

Menyatakan yang kau cinta kepadaku

Walaupun kau tahu hatimu tidak merasakannya

Terima kasih kerana membuatku

Turut merasakan manisnya cinta itu

Kemudian merasakan pahitnya diluka

Mungkin Tuhan memakbulkan doaku

Merasa cinta dan kecewa

Dalam satu nafas yang sama

Cuma berhati-hati dengan permainanmu

Tsunami tidak jauh dibelakangmu

 

15032011

Kuala Lumpur

Tuesday, March 15, 2011

Sayang (8)

(Pesan Kasih Sayang a.k.a Cinta Buat Anakku)

 

IMG_0315

 

Sayang,

Cinta itu indah

Kecewa itu juga indah

Jika kau tahu mengubatnya

 

15032011

Kuala Lumpur

HOLE

 

IMG_0206

 

I can’t fix a hole

No ones can

Just stuff it with something

A lot of love

A lot of forgiveness

Maybe?

 

15032011

Kuala Lumpur

Monday, March 14, 2011

HANGOVER

 

02-10-08_1144

I drank too many

Of your potion

Now I hangover

Of your love

 

14032011

Kuala Lumpur

SEKUFU

 

Image0288

 

Aku fikir aku tidak layak untukmu

 

Sebenarnya,

 

Kau yang tidak layak untukku

 

14032011

Kuala Lumpur

Saturday, March 12, 2011

SHAME ON YOU

 

Image0284

 

Don’t show something

That you should hide

Shame on you

Shame on you

 

Don’t say something

That you should shy

Shame on you

Shame on you

 

Don’t think something

That you should not

Shame on you

Shame on you

 

12032011

Kuala Lumpur

Wednesday, March 9, 2011

Sayang (7)

(Pesan Kasih Sayang a.k.a Cinta Buat Anakku)

 

IMG_5980

 

Sayang,

 

Jika kau berdosa kepada Tuhanmu

Minta ampun dari Tuhanmu

 

Jika kau berdosa kepada manusia

Minta ampun dari manusia

Yang engkau berbuat dosa

 

Melainkan jika kau yakin pasti

Tuhan sangat cinta kasih kepadamu

Hingga lupus segala dosamu

Kepada-Nya dan kepada manusia

 

09032011

Kuala Lumpur

Sayang (6)

(Pesan Kasih Sayang a.k.a Cinta Buat Anakku)

 

IMG_5984

 

Sayang,

 

Jika kau bertemu musibah

Dalam takdir hidupmu

 

Jangan kau tanya

Apa dosamu kepada Tuhanmu

 

Kerana dalam alam manusia

Hanya Para Nabi yang maksum

Dan kamu bukan salah satunya

 

05032011

Kuala Lumpur

Sayang (5)

(Pesan Kasih Sayang a.k.a Cinta Buat Anakku)

 

IMG_5981

 

Sayang,

 

Tuhan tidak menjadikan

Sesuatu untuk sia-sia

 

Manusia yang selalu

Mensia-siakan sesuatu

 

Bersyukurlah untuk

Sesuatu yang kau ada

 

05032011

Kuala Lumpur

Sayang (4)

(Pesan Kasih Sayang a.k.a Cinta Buat Anakku)

 

IMG_6112

 

Sayang,

 

Ketika berjalan

Sesekali lihat apa di depanmu

Sesekala lihat apa di kakimu

Berhati-hati bila melangkah

Kadang ada ranting  merentang dahi

Kadang ada duri menghalang kaki

 

Namun jika dalam berhati-hati

Kau terhantuk dan terluka

Redhalah akan takdir-Nya

Dan jangan kau tanya “Kenapa?”

 

05032011

Kuala Lumpur

Sayang (3)

(Pesan Kasih Sayang a.k.a Cinta Buat Anakku)

 

Image0086

 

Sayang,

Mari ku ajarkan

Bagaimana mencantum

Perca-perca yang tercerai

 

Beginilah nanti kau

Mencantumkan luka hatimu

Tiap kali kau kecewa

 

05032011

Kuala Lumpur

RAJAWALI

 

IMG_5633

 

Di depan beranda rumahku

Mengalir sebatang sungai

Di seberangnya ada sebuah lebuhraya

Di sebelah lebuhraya itu ada sebuah bukit

Di bukit itu terdapat hutan dara

Di situ tinggal sepasang rajawali

Jantannya selalu terbang rendah

Menyambar apa yang ada

Betinanya setia menunggu jantannya

Pulang membawa habuan untuk anak-anak

Rutin harian hidupnya mudah

Hidup sekadar untuk hidup dan

Tiada hisab di hujung hidupnya.

 

05032011

Kuala Lumpur

Friday, March 4, 2011

SIRI SAJAK BUAT NOHA : FINALE

 

IMG_6111

 

NOHA VI

 

Kebenaran yang baru ku tahu

Sangat melukakan hatiku

Seolah wayang yang diulang tayang

Berhenti kemudian diulang kembali

Terhenti dan diulang lagi

Terasa sia-sia benar kehidupanku

 

Mungkin tidak kau tahu betapa parahnya

Luka yang kau letakkan padaku

Aku jadi hilang rasa percaya

Sedang bersyak wasangka

Bukan budaya hidupku

 

Mendendami kamu? TIDAK Noha

Aku tidak pernah mendidik hatiku

Membenci sesiapa sejak dulu

Dan aku tidak akan memulakannya sekarang

 

Memaafkan kamu? BELUM Noha

Aku perlu masa untuk menghadam

Apa jua rasa luka yang bersisa

Mungkin sedekad lagi atau nanti

Bila sakratul maut menghampiri

Aku atau kamu

 

Dan

 

Rasanya aku tidak perlu tergesa kerana

Kau sendiri tidak pernah memintanya

 

REWRITE

04032011

Kuala Lumpur

Sayang (2)

(Pesan Kasih Sayang a.k.a Cinta Buat Anakku)

IMG_6010

Sayang,

Tidak ku letak

Impi mengunung tinggi

 

Cukup bagiku bila

Hari ini lebih baik dari semalam

Dan esok lebih baik dari hari ini buatmu

 

 

04032011

Kuala Lumpur

Wednesday, March 2, 2011

KERANA SAYANG

(Pinta Seorang Bapa Mertua Kepada Anak Menantu Lelakinya)

IMG_6007

Menantu lelakiku,

Jika kau cintakan perempuan itu

Lebih daripada anak perempuanku

Maka kau nikahilah dia

 

Tetapi jika kau kasihkan aku bersabarlah

Jangan kau madukan anak perempuanku

Kerana itu melukakan hatinya

Yang pasti melukakan hatiku

 

 

02032011

Kuala Lumpur

**Sajak ini kutulis inspirasi dari kisah benar dan dari kisah Rasulullah menasihati Saidina Ali agar tidak memadukan Saidatina Fatimah puteri kesayangan baginda.

USIA

 

IMG_6052

 

(Dalam amuk Si Muda dihambat Si Tua ke pintu)

 

Pakcik semua nak ungkit

Semua nak bermegah

Baik Pakcik balik!

Sudah pergi balik!

 

(Dalam sayu jawap Si Tua kepada Si Muda)

 

Aku bukan ungkit, bukan megah

Aku nak kawan bercakap

Makcik kau dah tua-tua

Tak suka diajak bercerita

 

02032011

Kuala Lumpur

NOT YET

 

IMG_5319

 

Hate you?

Nope!

 

Grudge you?

Nope!

 

Love you?

No way!

 

Remember you?

No more!

 

Consider you?

No chance!

 

Forgive you?

NOT YET

 

01032011

Kuala Lumpur

Tuesday, March 1, 2011

SAYANG (I)

(PESAN KASIH SAYANG a.k.a CINTA BUAT ANAKKU)

 

Image0083

 

Sayang,

 

Bercinta biar satu

Hanya Tuhanmu

 

Berkawan biar seribu

Yang mengajak mengenal Tuhanmu

 

01032011

Kuala Lumpur

ACNE

 

Image0289

 

Your present

Just like acne

Blemished my skin

Hard to look at

Tough to get rid off

 

 

23022011

Kuala Lumpur

Tuesday, February 22, 2011

AYAH

 

IMG_6190

 

Cemburulah bila melihat

Anak-anakmu mendedahkan aurat

 

Cemburulah bila anakmu

Mencintai manusia melebihi Penciptanya

 

Cemburulah bila anakmu

Menjaga harta lebih dari solatnya

 

Cemburulah bila anakmu

Sayangkan dunia lebih dari imannya

 

Cemburulah bila anakmu

Taatkan kekasih melebihi orang tuanya

 

Wahai Ayah,

Cemburulah akan anak-anakmu

Yang lalai dan leka berbuat dosa

Kerana mati jauhnya tak sampai sejengkal

 

22022011

Kuala Lumpur

Keys For Everything

 

24-06-07_0847

 

لا تتوقع مني أن أفعل أي شيء
لأنني لا تملك مفاتيح كل شيء

 

Don’t expect me to do anything

Because I don’t have keys for everything.

 

21022011

Kuala Lumpur

Aku & Kau

(Catatan Budak Gemuk Yang Baru Belajar Dendam Buat Budak Pendek Yang Bodoh Sombong)

Image0450

Berminggu-minggu aku cuba

Menyeka airmata aku dari jatuh

Cuba kau tahan airmata kau dari menangis

Nyilu sakitnya hanya Tuhan tahu

 

Mahligai yang aku bina hampir runtuh kerana kau

Dan aku meletakkan segala dosa di bahu aku

Merasakan orang seperti aku halal dibunuh

 

Tidak sehari pun aku tidak mengingati kau

Dan setiap kali kau aku ingat

Aku minta Tuhan mengampunkan aku

Dan memberikan kau nikmat yang banyak atas khilaf aku

 

Tapi rupanya kau penipu besar yang ‘syok suci’

Jaraknya tinggal sezarah untuk aku doa buruk untuk kau

Tapi tidak aku lakukan itu kerana Rasul tidak mengajar begitu

Dan senyuman anak-anak kau melembutkan hati aku

 

Pergilah kau berjalan dengan megah di depan Tuhan

Kau maksum bukan?

 

19022011

Kuala Lumpur

Friday, February 18, 2011

LUPAKAN

 

IMG_5991

الله
يرجى تجعلني أنسى
كم أحبه
أريد أن ندعه يذهب

 

Allah
Please make me forget
How much I love him
I want to let it go

 

Allah
Sila buat aku lupa
Betapa aku mencintainya
Aku ingin membiarkannya pergi

 

18022011

Kuala Lumpur

Sajak Buat Sarah

 

IMG_5278

 

Sarah,

Jika kau membuka buku untuk belajar ilmu

Jangan kau niatkan sekadar membanggakan ibu ayahmu

Lakukan demi membangunkan jati dirimu

Nanti kau temu redha Ilahi dalam redha kedua mereka

Kerana setiap titik peluh ada bayarannya

 

Sarah,

Jangan kau berjaga kerana terlalu memikirkan cinta

Cinta itu telah ditentukan Tuhan di mana titik pertemuannya

Lelapkan matamu, berdoalah tubuhmu berehat sementara

Untuk taat segala perintah-Nya ketika kau terjaga

 

Sarah,

Jangan kau malu meminta ayahmu mengajarkan

Kepadamu apa sebenarnya makna cinta

Kerana ayahmu banyak bermain dengannya

Dan jangan kau segan bertanya ibumu tentang sakitnya luka

Kerana dia banyak belajar bagaimana bangkit dari setiap kecewa

 

18022011

Kuala Lumpur

Thursday, February 17, 2011

What My Sin To You

 

IMG_6188

 

The dripping tears

Let it fall

Not at all I tried

To wipe

Fate is written

All is deception

To him

 

God

Please soften my heart

I can not forgive for his sins

Making me bear the pain for years

Break my spirit and belief

Mock me and kill my soul

Merciless

What my sin to you?

 

17022011

Kuala Lumpur

Saturday, February 12, 2011

PESAN MENCARI JODOH BUAT ANAK-ANAKKU (VERSI PENDEK)

 

IMG_5323

 

Anak lelakiku,

Cari wanita baik

Untuk kau letakkan manimu

 

Anak perempuanku,

Cari lelaki baik

Yang tidak hanya menjadikan kamu

Tempat meletakkan maninya

 

12022011

Kuala Lumpur

PESAN MENCARI JODOH BUAT ANAK-ANAKKU

 

IMG_5413

Anak lelakiku,

Jika kau ingin mencari jodoh carilah wanita yang baik

Untuk kau letakkan syahwat dan benihmu

Biar cantiknya tidak hanya di muka dan tubuhnya

Tapi di akhlak dan hatinya juga

 

Cari wanita yang baik keturunannya

Elok menjaga imannya dan baik perkertinya

Terhadap orang tuanya dan terhadap orang tuamu

Pilihlah wanita yang tidak akan mengkianati hakmu

 

Engkau anak lelakiku,

Haruslah terlebih dahulu menjaga haknya

Dan memelihara dirimu selayaknya untuk dirinya

 

Anak perempuanku,

Jangan kau pandang pada kacak dan gagahnya lelaki

Cukup jika dia beriman kepada Tuhan dan Rasulmu

Menjaga solatnya dan berakhlak mengikut

Al-Quran dan Sunnah nabimu

 

Ingatlah anak perempuanku

Hebatnya lelaki bukan terletak pada banyaknya harta

Atau pada megahnya dia di mata manusia

Hebatnya seorang lelaki apabila dia dapat menjaga hakmu

Maruahmu, imanmu, amalmu, dan zuriatmu

Dari azab api neraka yang membakar para pendosa

 

Engkau anak perempuanku,

Taatlah engkau akan dirinya selagi mana

Dia mengikut jalan yang diredhai Allah dan Rasulmu

Memimpin dirimu dan bakal anak-anakmu

Jalan menuju syurga Ilahi yang abadi

 

Dan aku yang dipinjamkan Tuhan akan kamu

Akan sentiasa tanpa jemu mendoakan

Kebahagian kamu dan keturunanmu

Di dunia sehinggalah saat berhimpun menemui Tuhan.

 

12022011

Kuala Lumpur

KHASYAF

 

14-05-06_1310

 

Aku tidak diajar dalam setiap bicara

Ada muslihat tersembunyi

Dalam setiap manis muka

Ada sandiwara bertopeng

Dalam setiap baik cara

Ada niat buruk didada

Dalam setiap bahasa tubuh

Ada bisa yang membunuh

Aku tidak diajar berburuk sangka

Aku tidak belajar was-was

Akan baik budi bahasa

Bila 'A' katamu

Maka 'A' kataku

Bila 'B' benarmu

Maka 'B' benarku

Aku tidak khasyaf

Menilai buruk niatmu

 

12022011

Kuala Lumpur

Monday, February 7, 2011

FLUSH DOWN

 

Image0531

 

I'm detoxing you

Flush down the toilet

Out of my system

 

07022011

Kuala Lumpur

Friday, February 4, 2011

Phantom Of The Night

 

IMG_5871

 

You thought it pinch black outside

The truth is the darkness inside you

You fly like an eagle

No ones will know who you are

And no ones will escape your claws

You wondering over the sky

High and proud of your existent

You forgot everyone watch you

Wait for you to fall down hard

Now and then everybody will know

To do what right with all ours might

To get over you ‘The Phantom Of The Night’

 

01022011

Kuala Lumpur

Somebody To Love

 

IMG_5782

 

You can’t bare the stillness

It’s will kill you eventually

You numb inside out

Hard to breath easily

And I was there

You just can’t find someone else

You need somebody to love

Just somebody to love!

 

01022011

Kuala Lumpur

Tuesday, February 1, 2011

BURDEN

 

IMG_6082

At first I thought

You're lies will kill me

But I was wrong

I feel so bless

Burden on my shoulders

Has been lift off

I've got no regret

I've got no guilt

I'm glad you not here still

And I'm going to empty

The luggage of the memories of you

 

01022011

Kuala Lumpur

Friday, January 28, 2011

Sajak Buat Hamisah

IMG_5415


Bertahunku berjalan melewati batas

Tidak pernahku tahu wujudnya kamu

Harus minta maaf atau

Bersimpati akan keadaanmu

Baruku tahu nilai cinta

Letaknya hanya dicelah peha

Tiba-tiba aku jadi lupa

Bagaimana untuk  berdoa


Aku ingin berdiri di depan Tuhan

Aku ingin dia membayar

Setiap titik airmataku

Setiap luka yang mencalar hatiku

Dengan pahala yang tersisa

Padanya di masyar nanti

Atau mungkin dia hanya akan

Tahu bagaimana rasanya luka

Bila perkara sama menimpa

Zuriat yang dekat dengannya




28012011

Kuala Lumpur

Thursday, January 20, 2011

Tetap

Apa yang ku lihat padamu

Dosa

Apa yang ku rasa padamu

Dosa

Apa yang ku ingin darimu

Dosa

Apa yang tersimpan dihatiku

Dosa

Walau di dunia mana pun

Tetap tidak ia menjadi

Pahala


 


20012011

Kuala Lumpur

Tuesday, January 18, 2011

Lucid

I’m a lowlanders

Lucidly dreams about you

Hold my hand dear

That higher grounds lovelorn me

Though I’m maidenly to an infidelity

I might mulishly swim in muddy

Merge with murky nostalgia

Please save me from drowning

In my owns obduracy lust




16012011

Kuala Lumpur

Monday, January 17, 2011

Extra Strong

You like everything extra

Extra black coffee

Extra bitterness

Extra creamy

Extra sweetness

Extra Venti

Extra drinking

Extra caffeine

Extra drunkenness

Extra love in the air

Extra hurt your feeling

Everything extra strong

Otherwise you’re paralyse


16012011

Kuala Lumpur

Kifarah

Melihat luka di jari

Sakitnya nyilu terasa

Terkenang dosa diri

Balasan di akhirat nanti

Lebih lagi maha sakitnya


15012011

Kuala Lumpur

Friday, January 14, 2011

KASTA

Dalam aturan Tuhan

Alam manusia

Hanya ada

Dua kasta

Yang beriman

Yang tidak



14012011

Kuala Lumpur

Thursday, January 13, 2011

Pohon Berbuah Pahit

Telah kutanam sisa cintaku

Lama dulu kusemadikan

Aku mengharapkan ia mati

Malangnya ia tumbuh subur

Menjadi pohon yang tegak berdiri

Enggan mati, enggan terkubur

Rimbun. Rendang. Berbuah banyak

Sayang sekali buahnya pahit

Tidak boleh nak dikongsi



 

13012011

Kuala Lumpur

GHOST

I’d buries my love for you

Quite a long times ago

But if the feelings still lingers

It’s must be the unknown entity

That over shadowed my life


Note : Dedicated to Angah. Love You.

 

13012011

Kuala Lumpur

HANTU

Telah ku kuburkan cintaku padamu

Namun andai rasa itu masih ada

Mungkin itu adalah hantunya

Yang gentayangan antara dua alam

Enggan naik terus ke langit

Dan enggan berpijak di bumi


P/S: Dedicated to Angah

 

12012011

Kuala Lumpur

NOBODY

Don’t get too close to me

I’m the kind of person

Who’s burn my own diaries

Only because I’m afraid

People will know me


 

11012011

Kuala Lumpur

Tuesday, January 11, 2011

Paranoid

We will walk this path together

No worries I always here

When you need a time out

Even when you’d ready

I’ll wait till you said YES

Even when you said NOT YET

Time is not my enemy

Not my best friends either

But I’ll grow old with you

It’s not a big problem to me

I’ll be patients only for you

But please my dear

It’s not fair when you

Asked me to carry

A big bag of your paranoid

And I’m sick of your stupidity


 

10012011

Kuala Lumpur

OMG

O my God !

Here they showed everything

For free, for freedom

Though with cloths

They actually nude naked

 

O my God !

O my God !



 

09012011

Desa Waterpark

Sunday, January 9, 2011

Key In Keyhole

Each times you put your key

In your door keyhole

Did ever occur to you

Who’s you running from

And whom you come back to?


 

08012011

Mid Valley

Wednesday, January 5, 2011

Rendezvous

It’s ours rendezvous

And still, till now

After so many years

You’re not in the pictures


 

01012011

Cameron Highlands

Big Jokes

I woke up this morning

Only to realise that

After so many years

Ours love just a big jokes

.

 

01012011

Cameron Highlands

Di Antara Tujuh Titik Azam

Titik Satu

 

Kita tidak perlu belajar

Untuk mengenal segala

Kadang kita perlu mendesak diri

Untuk terima apa ada

 

Titik Dua

 

Tidak semua yang sempurna itu cantik

Tidak semua yang kurang itu cacat

Jika kamu lebih gunakan kelebihanmu

Jika kurang manfaatkan kekuranganmu

 

Titik Tiga

 

Jangan menuding jari untuk dosamu

Manusia tidak mengenal beza

Antara dosa dan pahala

Sehinggalah kita berada di antaranya

 

Titik Empat

 

Jika kaya beribadah dengan kayamu

Jika miskin beribadah dengan miskinmu

Jangan menyalahkan takdir

Jangan mengeluh dengan qada qadar Tuhan

 

Titik Lima

 

Bersyukur hanya kepada Tuhanmu

Berterima kasih kepada ikhlas manusia

Jangan mencampurkan dosa dan pahala

Kerana niat tidak menghalalkan cara

 

Titik Enam

 

Pelihara dirimu dari dosa-dosa

Mata,kepala, tangan dan dimana pun

Walau pun tidak kau temu

Di mana letaknya nafsumu itu

 

Titik Tujuh

 

Taat pemimpin yang adil kepadamu, kepada keluargamu

Bai’ah pejuang yang menjulang hukum Tuhanmu

Jadikan teman orang yang meneruskan usaha Rasulmu

Bersaksi Al Quran dan Hadith tidak akan membiarkan kamu sesat


 

01012011

Kuala Lumpur

Run Alisa Run

Run Alisa run,

While you can

Run Alisa run,

Don’t look back

Run Alisa run,

This not ‘Alice in Wonderlands’

Run Alisa run,

Reality will smack your face

Run Alisa run,

Don’t bite what you can’t eat

Run Alisa run,

Safe yourself and your faith

Run Alisa run,

Infidelity is not fun

Run Alisa run,

Run. Run. Run. Run.



 

28122010

Kuala Lumpur

Untamed Rat

IMG_6038[1]

I want to love and care

But you a free spirits

Hard to be tamed

Though I’ll try so hard

But deep inside I knows

You always a wild rat


 

27122010

Kuala Lumpur