(Sempena Ulang Tahunnya Yang Ke-10)

Alif
Ba
Ta
Bukan
Alip
Be
Te
Satu
Dua
Tiga
Bukan
Atu
Uwa
Ege
Berjalan biar betul
Berbakti biar jujur
Berusaha biar ikhlas
Beramal istiqomah
Beriman biar yakin
Bertuhan hanya satu
Allahu!
31052012
(Didedikasikan Buat Revolusi Syria)

Tidur anak tidur
Lelapkan mata
Dari huru hara dunia
Tidur anak tidur
Simpan kemas
Imanmu di dada
Tidur anak tidur
Tutup telingga
Dari takutkan manusia
Tidur anak tidur
Nantikan ibubapamu
Di pintu syurga
27052012

Cinta itu tersimpan kemas
Di antara dua rusukku
Kekal diam berahsia
Tidak ku biarkan
Ia bangkit bangun
Tidak ku biarkan
Ia bebas hidup
Tidak ku biarkan
Ia menjadi raja
15052012