
Letakkan segala salah padaku
Aku tebal kulit
Tuna segala sakit
15022012

Di bawah langit Tuhan
Kadang terlupa
Kecilnya kita
Bagai semut
Merayap di kaki
13022012

Tempat paling sepi
Letaknya diam di hati
Detik walau sesunyi mana
Amat pantas jalannya
Kadang tidak terikutkan
07022012

Apabila kau mengatakan
Kau mengenali aku
Sesungguhnya tidak
Apabila aku mengatakan
Aku mengenali kamu
Sesungguhnya tidak
Kerana yang zahir pun
Ada yang sulit
Apa lagi yang batin
06022012