
Mereka adalah anugerah
Jangan diajar meminta
Didik mereka berusaha
Jangan dibiar mereka
Menyembah-nyembah manusia
31102011

They came from afar to seek forgiveness
This are the holy land where peoples
Mourn for their mistakes
29102011

Cemburu, iri hati dan dengki
Penting diri, bongkak dan sombong
Tamak haloba dan cinta dunia
Bukan penyakit bangsa
Bukan penyakit baka
Itu penyakit manusia
Jauh dengan Tuhan
24102011
Dedicate To Yue Yue : Rest In Peace Little Girl T_T

Dia gadis comel yang cilik
Mangsa kepada sikap manusia
Leka mengejar dunia
Dia pergi membawa simpati
Manusia yang berperasaan
Perginya aman dijanji Tuhan
Dia khadam syurga
Selamanya dia kekal didalamnya
21102011

Dalam tiga kali dering
Tiga minit aku terlewat menjawapnya
Jika sekadar ingin mendengar suara
Peringatan! Suaraku tidak semanja dulu
21102011

Wahai muhrim
Bagai ombak yang memutih kau datang
Meredah lautan demi mencari redha Tuhanmu
Dalam leka langkahmu mencari Rahmat Tuhan
Jaga hak saudaramu yang juga mencari
Ampunan Tuhan sama sepertimu
20102011

Ji,
Kau dekat di sisiku
Masih,
Aku merinduimu
17102011

Tuhanku,
Langkahku diasak-asak manusia
Bengkak buku laliku tidak tertahan sakitnya
Airmataku gugur tidak mampu ku halang
Namun tidak sedikit berganjak tekadku
Mencari ampunan-Mu diantara melautnya hamba-hamba-Mu
16102011
(Pesan kasih sayang a.k.a Cinta Buat Anakku)

Sayang,
Janganlah kau menangis
Kerana itu melukakan hatiku
Jangan buat orang menangis keranamu
Kerana itu juga melukakan hatiku
14202011

Ampunan dosa kepada manusia
Minta secara bertentang mata
Tidak cukup sekadar kata-kata
Di situ nampak tidak ikhlasnya
Bagaimana Allah hendak redha
Jika sombong masih di kepala
13102011

Tuhan,
Engkau pemegang hati-hati kami
Pegang hatiku agar sentiasa dekat dengan-Mu
12102011

Tuhan,
Engkau ‘Ada’ ketika aku tiada
Aku tiada, Engkau tetap ‘Ada’
11102011

Ji,
Terima kasih
Kerana sudi temani aku
Kerana selalu di sisiku
10102011

Dia dan aku sama-sama
Melalui zaman yang berbeza
Kami bertemu di suatu masa
Di suatu simpang yang sama
Kami mengenali topeng-topeng yang
Dipasangkan ke wajah-wajah kami
Di situ kami mencari titik-titik
Hampir sama, yang hampir serupa
Hanya kami kononnya yang tahu
Rasa kurangnya kasih dan sayang
Dan kasih kami berputik di titik itu
Hanya seketika dan tidak lama
Cukup sekadar menunggu
Bertemunya titik yang baru
09102011

Di sini aku berdiri dikeliling lautan
Bayunya hangat tapi cukup menyamankan
Aku terkenang sirat hidupku
Ada yang sangat ku syukuri
Ada yang sangat ku kesali
Ada yang sangat ku harap
Dapat ku ulangi untuk kuperbaiki
08102011

Aku melihat kelibatmu
Di mana-mana
Bosan!
07102011

Seusai salam ku tadahkan telapak tangan
Meminta penuh rendah hati kepada Penciptaku
Kasih sayang-Nya yang tidak ternafikan
Moga permusafiranku kali ini dengan redha-Nya
Moga perjalananku kali ini dengan Rahmat-Nya
Menundukkan nafsuku agar lebih memperbanyakkan sujud
06102011

Mak,
Adik baru hendak lihat dunia
Mak dah paksa adik terbang
Burung pun tak paksa anak dia
Yang baru menetas untuk terbang
Sakit sungguh mak cabut nyawa adik
Lebih dari sakit mak lahirkan adik
03102011